

Walaupun PM Najib dah jadi PM 100 hari tidak lekang dimulut rakyat yang kaitkan beliau terus menerus dengan wanita cantik dari Monggolia yang gebu dan monggel bernama Altantuya Shaaribu atau Aminah yang mati di bom hingga berkecai di Puncak Alam , Selangor. Najib dan isterinya Rosmah Mansur atau digelar 'Wanita Puaka' tetap menafikannya berkali-kali walaupun dituduh terlibat dengan Altantuya.
Bagaimanapun rakyat jelata disegenap pelusuk negara tetap menyebut-nyebut perkataan Altantuya samaada sembang di kedai kopi maupun ditempat -tempat eksklusif setiap hari samaada sebelum Najib jadi PM maupun dah genap 100 hari Najib jadi PM.Perkataan Altantuya menjadikan hidup Najib sentiasa dibayangi wanita cantik itu kerana disebut rakyat setiap hari.Suara Keadilan boleh dikatakan setiap keluarannya ada tertera gambar Altantuya sebagai penghias tetap berita akhbar tersebut.
Mahathir juga menjelaskan kabinet Najib terus dianggotai perasuah dan jika ada benda-benda tak betul tidak ada sapa pun yang nak tegur. Mantan PM Pak Lah pula menyatakan 100 hari PM Najib jadi PM semakin diterima rakyat. Ya lah cuba si Khairy Jamaludin tu tak dapat apa jawatan dalam Umno mungkin komen Pak Lah lain pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan