Kronologi dan plot atau jalan cerita kematian Teoh beng Hock, Setiausaha Politik kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor jika dilihat macam kita tengok filem hindi aku rasa.
Ok, mula-mula kata pegawai SPRM, Teoh telah datang ke pejabat SPRM di Plaza Masalam pukul 5 ptg dan naik ke tingkat 14 untuk disoal siasat oleh pegawai SPRM sampai pukul 3.45 pagi (lama tu).
Kemudian Teoh dikatakan hendak pulang tapi tak jadi terus tidur kat bilik tetamu SPRM kerana letih. Pejabat kerajaan macam RnR pula boleh tidur sebab letih memandu dari Bukit Kayu Hitam ke KL, singgah kat Ulu Bernam hilangkan letih. Seterusnya Teoh dikatakan tidur dan dilihat masih ada dibilik tersebut hingga pukul 6 pagi, lepas tu Teoh tak kelihatan dan dijumpai mati pada pukul 1.30 tengahari di tingkat 5 sebelah pejabat SPRM. Filem Hindi yang selalu tayang cerita jenayah selalunya banyak mempunyai jalan cerita seperti kematian Teoh.
Muhyidin kata -"kita tak sembunyi apa-apa pun, biarlah kita tunggu keputusan siasatan pihak polis."
Khir Toyo juga ucapkan takziah pada mendiang keluarga Teoh. Dalam filem hindi Menteri-menteri yang banyak sedekah kat rakyat mereka itu sebenarnya ketua gengster, ketua kongsi gelap dan ketua sindikit pengedaran dadah, tapi kat Malaysia menteri-menteri nya hanya sekadar ugut rakyat untuk sokong bn dan disedekahkan jambatan dan wang ringgit jika BN menang, yang lain dak kot...
Begitu juga dengan IGP, Inspektor polis dalam filem Hindi bersekongkol dengan jenayah terancang tapi polis kat Malaysia semua baik-baik belaka!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan