Pengarah Filem Melayu terkenal yang dikenali dengan nama Yasmin telah meninggal dunia. Yang hidup pasti akan mati itu ketetapan Tuhan. Katanya jenazahnya ditangisi berjuta peminatnya di Malaysia, seolah-olah meninggalkan banyak 'kitab' untuk dirujuk oleh peminatnya di Malaysia. Sudah menjadi 'trend' sekarang orang yang popular dalam industri hiburan bila mati diratapi dan ditangisi kononnya industri hiburan kehilangan tokoh seni tanah air, sukar dicari ganti dan macam-macam lagilah, tapi bila ulama meninggal dunia atau Tok guru meninggal dunia berita kematiannya tidak ada dalam media massa, kalau adapun sebesar tahi cicak saja.
Aku rasa terkejut juga pendedahan kosmo! yang mengatakan nama sebenar Yasmin itu adalah Zulkifli. Naib juara Bintang RTM 1975. Penyerang bolasepak Melaka zaman sekolah dulu, dan dikenali dengan nama asal (Zulkifli) .Pendedahan kosmo! itu telah menimbulkan kemarahan Marina Mahathir -malaysiakini. "Yasmin bukan lama disemadikan dan kosmo! telah mula menerbitkan bermacam-macam sampah mengenainya." Kata Marina lagi-"Beginikah caranya kita mengenang mereka yang pernah memberi sumbangan kepada negara."-malaysiakini
Aku cuma nak tanya atau tertanya-tanya Yasmin itu lelaki atau perempuan? Kenapa bertukar nama? Bagaimana mayatnya diuruskan secara lelaki atau perempuan? Kenapa pihak Mufti atau Ulama berdiam diri tidak keluarkan kenyataan tentang pertukaran nama Yasmin itu daripada nama asal? Sekadar bertanya yang lain Allah saja yang Maha Mengetahui dan Maha Pengampun. Jauh sekali daripada hendak aibkan orang, cuma ragu-ragu dengan pendedahan tersebut.
Kalau hang tak mau aibkan orang, baik hang toksah duk bawak mai sembang benda ni.. Duk nak persoal apa kalau orang ada yg sedih dgn pemergian dia..semestinya ada la kebaikan yg terjalin semasa hidup dia..
BalasPadamHang sedekah Fatihah kat dia pun, hang tak rugi la.. Ni la payahnya mentaliti bangkang hang ni..tak habih-habih...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadambuat dewa muzik, maksud tuan tu aku belum dapat kepastian, aku tak dak duit nak bayaq saman.
BalasPadam