Khamis, 16 Julai 2009

Naik Tingkat 14 Mati Tingkat 5

Hari ini di Seksyen 9, Shah Alam, bangunan Plaza Masalam yang menempatkan banyak pejabat kerajaan persekutuan telah menimbulkan bermacam-macam spekulasi berikutan kematian Pegawai Khas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock yang mati di tingkat 5 bangunan Plaza Masalam.(gambar sebelah Mstar online).
Teoh telah naik ke tingkat 14 untuk diambil keterangan sebagai saksi kes salahguna peruntukkan kerajaan negeri yang melibatkan Exco , Ean Yong Hian Wah oleh pegawai SPRM.

Teoh yang datang jam 5 petang dan dikatakan pulang jam 3.45 pagi tidak pulang dan hendak 'berehat' dan tidur di bilik tetamu SPRM. Jam 6 pagi beliau masih ada di bilik tersebut dan didapati hilang selepas itu. Beliau ditemui mati pada jam 1.30 tengahari hari ini dalam keadaan terlungkup. Teoh juga diberitakan akan melangsungkan perkahwinannya esok hari(Jumaat)
Exco Selangor, EanYong Hian berkata-"SPRM harus memberi penjelasan kerana sebelum kejadian itu berlaku Teoh berada di bawah kawalan mereka."

Apakah Teoh bunuh diri, terbunuh, dibunuh atau apa sebenarnya yang berlaku? Kita tunggu adegan seterusnya. Kes berprofil tinggi selepas Altantuya di bom hingga berkecai.

1 ulasan:

  1. Woit, Adun hampa Yaakob dan Raziah tu buat apa? Kerahlah orang PKR kawal bangunan PUAKA tu. Ni asyik berlenggang je. Ni adun hampa punya kerja la, jajang duit kat orang umno.

    BalasPadam