Rabu, 29 Julai 2009

Kalau Nak Sangat ISA Jom!

Nampaknya Himpunan Mansuhkan ISA tetap akan diadakan dan yang mau kepada ISA pun tetap nak turun pertahankan ISA pada 1 ogos nanti. Kita tengok lah sapa dulu yang akan kena sembur gas pemedih mata oleh FRU.

Silap-silap yang pertahan ISA hanya kena sembur air saja dan yang mau mansuhkan ISA kena sembur gas pemedih mata atau 'water canon'. Berkata Penasihat Undang-undang Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran), Mohd Khairul Abdul Aziz-"Kami akan teruskan juga hasrat mahu mengadakan perhimpunan pada Sabtu ini, kami tak kisah walaupun akan ditahan pihak polis."

"Demi mahu tegakkan pendirian agar ISA terus dikekalkan, kami sanggup teruskan misi kami ini."- mStar online.

Eloklah tu biar puak-puak Magaran ni ditangkap sebab mereka pelawa diri suruh polis tangkap dan hantar mereka ke Kem Kamunting tahan selama 7-8 tahun macam suami Puan Norlaila Othman yang dah ditahan 8 tahun itu di kem tersebut. Bebaskan suami puan Norlaila dan gantikan dengan penyokong-penyokong ISA sebab mereka begitu bersemangat nak pertahan akta zalim tersebut. Baru penyokong ISA tau rasa macam mana duduk dalam Kem Tahanan tu 7-8 tahun tanpa dibicarakan.

Dunia dah terbalik yang zalim dikata tak zalim. Yang jantan dah jadi betina. Artis dipuja ulama dihina. Yang kena sebat mentekedarah arak dikata langgar hak asasi manusia .

1 ulasan:

  1. ISA ini satu kezaliman dalam semua segi. Orang2 membuat, menyokong, bersetuju dlm hati pun di golongkan bersama yg orang zalim. Mereka ini tempatnya dalam Neraka Jahannam kesudahannya... JAHANNAM UMNO !

    BalasPadam