TPM Muhyidin Yasin berkata Pakatan Rakyat di Selangor cuba politikkan isu kematian Teoh Beng Hock untuk alihkan pandangan rakyat daripada kes siasatan SPRM keatas Eco Selangor dan wakil rakyat Pakatan.
Wakil Rakyat Pakatan Di Selangor disiasat SPRM kerana dituduh seleweng wang peruntukkan Kerajaan Negeri Selangor yang diberikan pada setiap wakil rakyat tak kurang daripada RM100,000 untuk setiap DUN yang dimenangi Pakatan Rakyat. Pembangkang Selangor tak dapat peruntukkan wang tersebut, sama macam Umno-Bn perintah dulu ,pembangkang tak diberikan peruntukkan oleh Umno-BN.
Siasatlah semau-maunya SPRM nak siasat kerana itu kerja mereka, tapi bagaimana dengan dakwaan terhadap rumah Khir Toyo di seksyen 7, Shah Alam yang bernilai RM 24 juta yang di dakwa oleh seorang adun Pakatan Rakyat itu?Kenapa SPRM tak berani geledah pejabat Khir Toyo atau panggil Khir ke pejabat SPRM di Tingkat 14, Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam?
SPRM jangan pilih bulu, jangan lari laju sampai celapak tiang kalau dengar Pakatan Rakyat mentekedarah rasuah, tapi dengan Umno- bn macam kura-kura berjalan nak panggil siasat. Ini yang dipertikaikan rakyat. Sapa salah hukum sumbat dalam penjara.
Tadi aku tanya seorang customer yang sedang tunggu keretanya dicuci- "Bang, Cina tu mati pasai apa kat Plaza Masalam tu? Kata Bro tu, ya la kat pejabat tu tak ada 'griil' senang la dia nak terjun. Kalau kat IPK jalan Hang Tuah tu ada 'griil' dia tak boleh terjun." Aku tanya lagi- "Betukah dia bunuh diri? jawab bro tu -"SPRM ni pun satu yang sampai-mati-mati ni kenapa? Alaa cerita ni macam rakyat bising jalan berlubang -lubang la, MBSA datang tar semula senyap la tak bising dah."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan