Selasa, 21 Julai 2009

Bolehkah PR Menang Selesa Selepas Ni?

Kaum India yang menyokong PR dalam pRu-12 yang lalu sekarang ada dua parti baru yang ditubuhkan selepas HINDRAF tak diiktiraf oleh kerajaan. Selepas Parti Makkal Sakthi sekarang lagi satu Parti Hak Asasi Manusia ditubuhkan oleh P. Uthayakumar. Semua parti ini dulunya orang-orang India yang beri undi kepada Pakatan Rakyat dalam PRU-12 yang lalu.

Aku bukan tukang buat berita aku cuma sampaikan ulasan satu-satu berita yang aku tengok.
Contoh terdekat dalam Parlimen Kota Raja yang di dalamya ada Dun Sri Muda dan Dun Sri Andalas juga Dun Kota Alam Shah. Dr Mariah Ahli Parlimen Kota Raja yang menang dengan undi majoriti 20 ribu lebih ini berada dalam zon merbahaya kerana kawasan ini ramai orang India dan pengundi berketurunan India

Jika pru-13 diadakan adakah undi yang Dr Mariah dapat itu akan kekal atau sebaliknya? Adakah pengundi India tidak akan berpaling kepada dua parti baru itu yang dilihat lebih bersifat memperjuangkan hak-hak orang India?

Pas boleh berbangga dengan Kelab Penyokong Pas yang berjumlah 20 ribu orang, tapi jika sentimen kaum yang dimainkan oleh dua parti baru itu yang kata hak-hak orang India tidak dilayan dengan baik boleh jejaskan Pas dan Pakatan Rakyat dalam pru-13 akan datang. Uthayakumar jelas menyatakan dalam sidang akhbarnya semasa penubuhan Parti Hak Asasi Manusia itu berkata orang India kecewa kerana PKR, Dap dan Pas tidak menunaikan janji mereka dalam membantu taraf hidup orang India dalam pru yang lalu.

Pakatan Rakyat bukannya nak jaga satu kaum saja semua kaum dia nak jaga tapi jika berterusan Uthayakumar dok bercakap macam tu tentu ada kesan kepada orang India untuk berpaling kepada dua parti tersebut.

4 ulasan:

  1. Tuan Misaimerah kelabu asap. Aku dah bagi cadangan kepada Isteri Rosmah agar pendaftaran parti golongan India Hindu ini di luluskan segera. Aku nak tengok hampa yg mengaku parti Islam buat apa lepas ni. Kata ulama hampa hebat dari mufti2, nak guna sedikit wang zakat hak bukan orang Islam pun tak boleh apalagi hak pelajar Islam dan sekolah agama Islam di negeri hampa tadbir. Berhenti bercakap...MATI.

    BalasPadam
  2. Hadis Tentang Adanya Kitab Nama Ahli Surga Dan Kitab Nama Ahli Neraka

    Percayakah anda jika terdapat Kedua Kitab dimana Kitab yang satu memuat nama-nama Penghuni Surga seluruhnya dan Kitab yang satunya memuat nama-nama Penghuni neraka seluruhnya?. Ketika saya mengatakan ini, beberapa orang dengan sinis berkata bahwa itu cuma keanehan yang hanya ada di dalam syiah. Sungguh luar biasa pikiran mereka, setiap apa saja yang saya katakan dan berbau aneh, mereka mencibir seraya berkata Syiah. Jika mereka malas membaca maka jangan samakan dengan orang lain yang mau belajar dan membaca. Keterangan ini justru saya dapatkan dari kitab-kitab hadis yang mu’tabar seperti Sunan Tirmidzi dan Musnad Ahmad.

    Diriwayatkan oleh Ahmad bin Hanbal dalam Musnad Ahmad 2/167 no 6563


    Telah menceritakan kepada kami Abdullah yang berkata telah menceritakan kepadaku Ayahku yang berkata telah menceritakan kepada kami Hasyim bin Qasim yang berkata telah menceritakan kepada kami Laits yang berkata telah menceritakan kepadaku Abu Qabil Al Ma’afiri dari Syafi’ Al Asbahi dari Abdullah bin Amr dari Rsulullah SAW, Abdullah berkata “Rasulullah SAW keluar menemui kami dengan kedua kitab di tangan Beliau. Kemudian Beliau bertanya “Apakah kalian mengetahui kedua kitab ini?. Kami menjawab “tidak wahai Rasulullah kecuali Anda mengabarkan kepada kami”. Kemudian Beliau bersabda mengenai kitab di tangan kanannya “Ini adalah Kitab yang berasal dari Rabb semesta Alam, di dalamnya terdapat nama-nama penduduk surga dan nama-nama orang tua mereka serta kabilah mereka. Jumlahnya telah ditutup dengan orang terakhir dari mereka dan tidak akan ditambah dan tidak pula dikurangi”. Kemudian Beliau bersabda tentang kitab di tangan kirinya “Adapun ini adalah Kitab dari Rabb semesta Alam, di dalamnya terdapat nama-nama penghuni neraka dan nama-nama orang tua serta kabilah mereka. Jumlahnya telah ditutup dengan terakhir dari mereka sehingga tidak akan bertambah ataupun berkurang untuk selama-lamanya. Kemudian para sahabat berkata “kalau begitu dimana amalan wahai Rasulullah SAW jika semuanya sudah ditetapkan?”. Beliau menjawab “berusahalah dan mendekatlah karena sesungguhnya penduduk surga akan ditutup dengan amalan penduduk ahli surga meskipun ia mengamalkan apa saja. Dan sesungguhnya penduduk neraka akan ditutup dengan amalan penduduk neraka meskipun ia mengamalkan apa saja. Kemudian Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya Allah SWT telah selesai terhadap para hambanya”. Beliau berkata sambil mengarahkan tangan kanannya “satu kelompok di dalam surga” kemudian mengarahkan tangan kirinya seraya berkata “kelompok yang lain di dalam neraka”.

    Syaikh Ahmad Syakir dalam Syarh Musnad Ahmad no 6563 menyatakan bahwa hadis ini sanadnya Shahih. Hadis ini juga diriwayatkan dalam Sunan Tirmidzi 4/449 no 2141 dimana Imam Tirmidzi berkata “hadis hasan shahih gharib”. Syaikh Al Albani memasukkannya dalam Shahih Sunan Tirmidzi no 2141 dan berkata “hadis hasan”. Kemudian Syaikh Al Albani juga memasukkan hadis ini dalam Shahih Jami’ As Shaghir no 88 dan berkata “hadis shahih”.

    Ada pertanyaan yang menggelitik di benak saya. Kedua kitab itu jelas merupakan Kitab milik Rasulullah SAW. Lantas dimanakah kedua kitab tersebut ketika Rasulullah SAW wafat?. Apakah kedua kitab tersebut disedekahkan kepada umatnya merujuk dengan perkataan “Para Nabi tidak mewariskan dan apa yang ditinggalkan menjadi sedekah”?. Ataukah kitab tersebut diambil oleh khalifah pengganti Beliau?. Ataukah Kitab tersebut diwariskan kepada Ahlul Bait Beliau SAW?. Silakan direnungkan

    KITA DI MANA SEKARANG? NAK KE MANA? DAN KITA DARI MANA?

    Ja'far Ahmadi, Pas Bukit bintang.

    BalasPadam
  3. Ja'far Ahmadi, 'KITA DI MANA SEKARANG? NAK KE MANA? DAN KITA DARI MANA?'

    Wa pun dah fhening la...

    Mostly, ilmu yg ada di kalangan kita kebanyakkannya sekadar intaian dari luar jendela, pasal tu lah sekarang ni dah jadi cacamerba..

    BalasPadam
  4. Tuan Jaafar terimakasih atas ilmu yang tuan terangkan buat semua orang

    BalasPadam