Selasa, 28 Julai 2009

Kongsi Gelap Dikuasai 'Orang Politik'?

KPN maklum dan tahu bahawa sukar dihapuskan kumpulan kongsi gelap kerana didalangi 'orang politik'. Kumpulan kongsi gelap sukar dihadapkan ke mahkamah kerana saksi takut bagi kerjasama pada pihak polis, nyawa saksi terancam- "Kita akan siasat. Cuma kadangkala wujud keadaan di mana mereka( Kumpulan kongsi gelap) tidak dapat dituduh di mahkamah kerana saksi takut untuk hadir(perbicaraan), jadi dalam keadaan ini , kita akan ambil tindakan pencegahan."- KPN, Musa Hasan (utusan online)

Cerita kongsi gelap ni dah lama zaman berebut bijih timah di Perak dalam tahun 1820-an-1870 dulu pun dah ada kongsi gelap ni yang libatkan pembesar Melayu yang kuasai lombong bijih timah di Perak, tu cerita dulu antara kongsi gelap Ghee Hin dan Hai san.

Jika kongsi gelap zaman moden dikuasai 'orang politik' bermakna sampai bila pun cerita kongsi gelap ni tak akan habis, malah mereka akan semakin berani bertindak melebihi undang-undang kerana kongsi gelap ini akan dilindungi oleh 'orang politik'. Cerita 'abang-adik' antara orang politik dan kongsi gelap berpegang pada 'hang tolong aku, aku tolong hang'. Malaysia sedang menuju negara MAFIA macam Itali ini amat merbahaya jika dibiarkan.

Di hadapan rakyat mereka adalah pemimpin berjiwa rakyat, di belakang tabir pula mereka adalah ketua mafia yang kuasai kongsi gelap! Adakah kematian Teoh tu didalangi kongsi gelap?Atau pun pembunuhan politik? Siapakah 'orang politik' yang dalangi kongsi gelap? Adakah KPN tidak tahu? Aku hanya sekadar bertanya dan tertanya-tanya dengan apa yang Utusan online katakan.

1 ulasan:

  1. Memang sah misai merah boh inai...aku misai kucing je...hehehe...sory merapu,malas nk komen.

    BalasPadam