Khamis, 16 Julai 2009

Pasca Prk Manek Urai:Apa Yang Tak Kena?

Kemenangan tipis Pas di Dun Manek Urai telah menimbulkan bermacam-macam spekulasi sesama ahli Pas dan penyokong Pas termasuk kepada pemimpin Pas. Ada yang berkata begini:

1-Umno bawa isu kerajaan perpaduan dalam kempennya untuk kelirukan pengundi di Manek Urai. Anuar Musa dalam kempennya berkata beberapa nama pemimpin Pas sangat baik dengan beliau, hari-hari telefon dan mereka telah bersetuju untuk buat kerjasama dengan Umno.

2-Pemimpin Pas terpaksa terangkan kepada pengundi di Manek Urai yang sokong Pas bahawa kerajaan perpaduan dah mati dan berkubur dah tak ada lagi dan dalam masa yang sama berkempen untuk pengundi atas pagar dan tak berparti, buat dua kempen dalam masa yang sama.Terpaksa kempen untuk parti sendiri.

3-Tempoh pengumuman tamatnya kerajaan perpaduan agak dekat dengan kempen di Manek Urai , kurang masa dan jejaskan pengaruh Pas di Manek Urai.

4-Langkah Pengarah prk Manek Urai, Abe Tah umum awal bahawa Pas telah menang dengan majoriti 1700 undi sebelum kiraan undi sebenar tamat adalah langkah kurang bijak dan cermat.

5-Tidak adanya gambar Presiden Pas bersama TGNA yang dipasang lewat telah timbulkan tanda-tanya dan dijadikan isu oleh penceramah Umno bahawa Pas telah terbelah dua puak.

6-Pemimpin yang sokong UG, macam nak tak nak saja ke Manek Urai, pergi salah tak pergi serba salah, Nasa kata dia sakit dalam perut dan buat pembedahan.

Pas janganlah tuduh menuduh sesama sendiri, banyak yang buruk daripada yang baik, yang untung Umno-Bn. Jerat makan tuan jadinya.Mungkin ada yang kata ini pengajaran buat Pas(tajuk siasah terkini) itu tak mengapa tapi kalau dalam hati kata 'padan muka' itu merbahaya.Hati manusia Allah saja yang tahu. Penyamun masuk dalam rumah ambil parang nak tetak penyamun tapi tertetak bapa sendiri. Bermuhasabah lebih baik daripada salahkan sesiapa. Faktor utama ialah Umno ada duit berguni-guni. Di tangan kanan duit berguni , di tangan kiri ada jambatan berjuta harganya. Terimakasih UMNO bagi duit kepada rakyat Manek Urai, kalau ada bawa la lagi, apa nak hairan Umno banyak duit dan kaya raya. Kapal di laut Gedung di darat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan