NGO Melayu , Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) berkata Kerajaan jangan tunduk untuk mansuhkan ISA kerana yang menentang ISA golongan minoriti di Malaysia.
"Ini kerana suara minoriti tersebut tidak mewakili keseluruhan majoriti rakyat Malaysia." Kata PPIM dan Pewaris.- Malaysiakini.
Umno-Bn dah hilang 5 negeri dalam pru- 12 yang lalu tapi masih kata ISA tu masih relevan kepada rakyat Malaysia. NGO ni pi buat kajian di mana kata yang minta hapuskan ISA tu golongan minoriti? Yang mau sangat dengan ISA ni ada kepentingan apa NGO2 Melayu ni? Ada 'masuk' ke?
Cerita ISA ni bukan macam kempen ubat gigi jenama PPIM tu, suruh orang ramai semua pakat guna pasal ada 'ditanggung halal' ni cerita tangkap orang sumbat dalam penjara, tak boleh naik Mahkamah, tak boleh dibicarakan. NGO2 ni tak rasa berdosa ka di hadapan Rabbuljalil kelak sokong benda zalim ni. Anak-anak tahanan ISA ni akan tuntut pembalasan di Akhirat kelak kerana kamu NGO2 Melayu Islam ni bersekongkol dengan ISA yang zalim ni.
Pemimpin2 NGO ni mereka tak pernah rasa susah, tak pernah rasa perut lapar, makanan anak-anak mereka lazat-lazat sedia terhidang di atas meja yang mewah, keluar pergi ceramah ada 'masuk' apa nak hairan, mereka tak fikir nasib akan anak-anak tahanan ISA ni yang kehilangan ketua keluarga, makan yang tidak teratur, pakaian yang tak bertukar ganti dan berhari raya tanpa orang tersayang. Puak-puak ni hanya pentingkan perut sendiri, perut anak-anak mereka saja. Tunggulah nasib kamu NGO2 Melayu-Islam ni, pembalasan Allah pasti tiba.
Tidak kiralah Ulama atau Mufti jika sokong ISA yang zalim itu kamu juga tidak akan mendapat layanan istimewa di hadapan Allah kelak. Kamu akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kamu sokong. Makanlah kenyang-kenyang, lazat-lazat bersama keluarga kamu. Doa orang yang kena zalim pasti menimpa kamu semua!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan