Khamis, 16 Julai 2009

"Umno bawa duit berguni-guni ke Manek Urai"-TGNA

Astro Awani pagi tadi dalam siaran beritanya menyiarkan kenyataan TGNA yang mengatakan-"Cerita Umno bawa duit berguni-guni ke Manek Urai tersebar luas di merata tempat.Bagi banyak pun kalah juga, tak menang -menang".Beliau mengulas mengenai kemerosotan undi majoriti yang diperolehi Pas yang berjaya mempertahankan kerusi N 41 Dun Manek Urai dengan 65 undi majoriti kalahkan Umno-Bn.

PM Najib pula mengatakan kejayaan BN kurangkan majoriti Pas merupakan satu kemenangan moral buat BN.Beliau juga berkata BN akan buat bantahan terhadap jumlah undi rosak yang berjumlah 115 undi.

Kalau undi rosak dikira semula dan memihak BN, duit berguni-guni yang Umno tabur di Manek Urai tu dikira berbaloi , tapi kalau dikira semula undi majoriti dan undi Pas pula bertambah lagila tak berbaloi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan