Isnin, 6 Julai 2009

Diam-Diam Ubi Khir Toyo

Setelah agak lama Khir Toyo

menyepi daripada kontroversi, hari ini nama Khir Toyo kembali disebut orang punya bungalow mewah bernilai rm 24 juta di seksyen 7, Shah Alam. Pendedahan berani oleh adun Sekinchan , Ng Suee Lim seharusnya diambil tindakan oleh SPRM untuk siasat bekas MB Selangor itu. Jika tidak benar dakwaan adun Sekinchan itu Khir bolehlah saman Ng Suee Lim. Pintu Gerbang mahligai saja bernilai rm 290,000.00!

Inilah kerja orang yang cerdik pandai dalam Umno, walaupun dulu hanya sekadar dr gigi, setelah jadi MB Selangor sejak 2001-march 2008 dah dapat hidup mewah punya harta puluhan juta ringgit. Bagi Umno si bodoh makanan si cerdik. Yang kaya bertambah kaya , yang miskin bertambah miskin.

Wahai pengundi Manek Urai, biarlah calon Pas tidak seberapa hidupnya, tidak seberapa akademiknya, tapi rezeki yang beliau dapat diberkati Allah tidak timbul fitnah macam pemimpin Umno dan calon Umno yang dituduh rasuah. Bagi Umno selagi berkuasa selagi itulah mereka sapu harta tanpa kira halal-haram yang penting bekal untuk hari tua dah ada untuk kesenangan anak cucu dan cicit mereka.
Apakah pengundi Manek Urai mau pilih calon Umno yang hidupnya difinah orang daripada calon Pas, Abe Uji yang hidupnya mengimarahkan masjid dan sentiasa dikelilingi rakyat bawahan dan beliau sudah sebati dengan rakyat bawahan saban hari.Beliau sudah tahu susah senang rakyat di Manek Urai.

Rasul kita juga , Nabi Muhammad SAW asalnya pengembala kambing, berjinak-jinak dengan perniagaan kecil-kecilan ,tapi Allah Taala angkat Baginda menjadi manusia yang paling mulia dalam dunia untuk bimbing manusia kejalan kebenaran (Islam). Allah Taala tak pandang kepada si bijak pandai tapi jadi penyamun harta rakyat, Allah Taala pandang orang yang bertakwa, yang boleh jadi imam bawa manusia kejalan kebaikan dunia dan akhirat.












2 ulasan:

  1. Kata tuan, Nabi Muhammad SAW "seorang yang buta huruf". Sila rujuk Kamus Dewan apa makna istilah "buta huruf". Pandangan ini adalah salah dan sesat. Tuduhan ini adalah riwayat Israeliyyat dalam kitab2 Sirah, yg berniat jahat dan fitnah untuk menjatuhkan Nubuwwah dan sifat Kemaksuman Nabi SAW. Untuk pengetahuan saudara "Nabi Ummi" bukan lah buta huruf tetapi beliau tidak pergi mengaji kat sekolah hingga PhD seperti zaman moden ni atau mengaji kat pondok atau surau (Unschooled Prophet). Beliau adalah maksum sejak dilahirkan, Insan Kamil (The Perfect Man) dalam pengajian falsafah. Oleh itu kata tuan tersebut wajib di tarik balik dan sila rujuk kitab2 Tasawuf dan Sirah yg Thiqah dan berwibawa. Oleh itu kepada semua pejuang Islam yg cintakan Nabi Muhammad SAW bersihkan jiwa anda dari fakta begini. Adakah saudara mahu pemimpin saudara seorang yg "buta huruf"? dan saudara akan dipertanggungjawab nanti di "Titian Sirat".

    Jaafar Ahmadi, Pas Bukit Bintang

    BalasPadam
  2. Tuan Jaafar sekiranya tersilap dan terlepas bahasa aku mohon ampun pada Allah

    BalasPadam