Ahad, 12 Julai 2009

Pesanan ABE UJI Buat Semua Pengundi Dun Manek Urai, Termasuk Pengundi Luar Kelantan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wrt wbt
Adik Kakak para pengundi DUN Manek Urai yang sangat saya hormati,
Semoga Adik Kakak semua sentiasa dalam peliharaan Allah swt. Izinkan surat ini menjadi pengganti diri saya kerana dalam masa yang sangat singkat ini tidak mungkin saya sempat bertemu dengan semua para pengundi terutamanya yang tinggal di luar Kelantan.
Pada Pilihanraya kali ini, saya dengan penuh rendah diri menawarkan khidmat untuk menjadi wakil adik kakak di Dewan Undangan Negeri. Keluarga adik kakak semua tidak asing bagi saya yang memang dari dulu bercampur gaul dengan semua peringkat masyarakat Manek Urai.
Saya menawarkan diri dengan penuh rasa sedar bahawa tugas ini adalah amanah amat besar yang akan dipersoalkan Allah SWT. Amanah ini bukan untuk memperkayakan diri atau membina rumah besar tetapi memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Contoh yang ditinggalkan oleh Paksu Wel yang ramah, cergas, merendah diri dan istiqamah dalam perjuangan akan saya teruskan. Saya sangat faham dengan kehidupan di Manek Urai dan sedar banyak yang perlu kita pertingkatkan. Dengan bantuan semua, kita boleh memperkukuhkan kerajaan pimpinan Tok guru yang kita sayangi.
Sudah terbukti selama ini kita hidup sejahtera di bawah kepimpinan para ulama dan mereka yang sayangkan agama. Tapi akhir-akhir ini Tok Guru yang kita sayangi dicerca dan dihina oleh sesetengah golongan. Orang luar hanya boleh membuat janji kosong dan akan balik selepas pilihanraya. Ini terbukti kerana selama ini Kelantan dipinggirkan dan hak kita seperti wang royalti minyak dinafikan.
Demi terus menyokong perjuangan Islam, kita perlu sokongan dari semua. Saya sangat berharap adik kakak akan balik pada pilihanraya ini untuk mengundi di samping menziarahi sanak saudara. Mungkin ini agak besar untuk dilakukan terutama bagi yang bekerja di luar tapi itulah tandanya kita mendokong perjuangan rakyat. Hanya Allah yang mampu membalas segala usaha dan sokongan adik kakak. Selamat mengundi.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
(Fauzi Haji Abduillah – Abe Uji)
Dihantar oleh seorang kawan tanpa edit. Umno boleh janji apa saja di Manek Urai, nak jadikan anak emas dan macam2 anak lagi termasuk anak limau, anak getah tapi yang pastinya pengundi di Manek Urai tak mudah diperbodohkan oleh Umno yang sanggup anggap Tok guru Nik aziz nyanyuk dan sebagainya.Pemimpin Umno sanggup turun toreh getah semata-mata nak perdayakan pengundi Dun Manek Urai hakikatnya merekalah perompak hasil minyak Kelantan sejak tahun 2004 hingga sekarang tanpa satu sen pun keuntungan minyak dikembalikan kepada rakyat Kelantan.
Umno laungkan hidup Melayu, hidup Bangsa tapi Umnolah yang jadi juara tindas bangsa sendiri, pelingkup bangsa sendiri walaupun Kelantan semuanya diperintah orang yang sebangsa dengan Umno.Pemimpin Umno di Manek Urai sanggup menyamar jadi orang miskin sehingga sanggup baca ayat Quran pun tak betul punya kemaruk nak jadi ulama, tapi pengundi di Manek Urai tak mudah tertipu dengan Umno. kalau tak menipu bukan Umno namanya.
Perompak dan pembunuh Bentong Kali, Botak Chin, Kalimuthu itu memang jahat sebab jadi perompak, sejahat-jahat mereka adakah mereka lebih jahat daripada orang yang letupkan manusia yang bernama Altantuya hingga berkecai dengan bom C4 ?Adakah yang merompak hasil minyak Kelantan lebih jahat daripada mereka?
Khir Toyo buat istana ala Bali sampai RM24 juta, sampai Mahathir pun terkejut sebab lagi mahal daripada rumah dia.Rakyat Selangor jual jambu batu tepi jalan merata-rata tempat sampai bila nak kaya?

2 ulasan:

  1. One stupid question - betul ke abe uji ni buta huruf? Klu betul...sape yg tulis surat ni?

    BalasPadam
  2. Kalau setakat nak menayang ulasan yg sehati dan sejiwa dgn mung....baik toksoh bagi pendapat kt blog!!!!!! Klu berani tayang pendapat awak...berani la ditentang....marah ke kjaan asyik dok censored...awak pun sama jer...shitttt.

    BalasPadam