Politik ugut dan janji yang diamalkan Umno nampaknya tak dapat dipisah daripada batang tubuh Umno dan pemimpin Umno. Tindakan seorang yang bertaraf Timbalan Perdana Menteri, orang nombor dua dalam kerajaan Malaysia, Muhyidin Yasin yang berjanji akan buat jambatan di Manek Urai Lama sekiranya menang tidak patut diamalkan dalam dunia yang dah semakin berkembang maju. kata Muhyidin -"hari ni bn menang esok buat jambatan". Maknanya kalau kalah tak akan buat jambatan.
Berapa sangatlah nilai sebuah jambatan, sehingga Umno sanggup janji dan ugut seperti itu kepada rakyat di Manek Urai? Politik beri dan wajib sokong Umno sebagai habuan ini sudah lama berlaku dalam setiap pilihanraya yang diadakan.Janji tinggal janji akhirnya rakyat yang ternanti-nanti sehingga timbul pula lain-lain pilihanraya untuk janji seterusnya.
Dulu zaman Tunku Abdul Rahman dibuat Biro Siasatan Negara untuk hapus rasuah. Zaman Mahathir ditukar kepada Badan Pencegah Rasuah, Zaman Pak Lah ditukar lagi kepada SPRM, tapi adakah rasuah semakin berkurangan atau bertambah? Semuanya hanya sekadar nama saja yang bertukar tapi keberkesanan tidak ada. Sekarang Najib buat pula 1Malaysia, tapi semuanya hanya sekadar slogan, rasuah tetap bermaharajalela. Adakah politik sogok wang dan bagi benda untuk rakyat sokong itu tak dikira rasuah dalam pilihanraya?
Sebab tu Umno bila diajak berdebat atas tajuk 'Kenapa Umno Tolak Islam'? oleh Murshidul Am Pas Umno tak sahut. Bukan nak cari sapa berani sapa takut tapi nak berdebat antara kebenaran dan kebatilan. Umno kata tak ada faedah , bincang pasal politik Umno mau tapi bincang pasal agama Umno tolak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan