Khamis, 2 Julai 2009

Harakah Kena Buka Ruang Demokrasi

Pendedahan oleh Malaysiakini mengenai pembuangan artikel tulisan Dr Zulkifli Ahmad dalam harakahdaily dan ruangan Fikrah yang telah dicetak mengenai isu kerajaan perpaduan adalah amat tidak patut dan keterlaluan. Tulisan Dr Zul itu hanya sekadar pandangan peribadi beliau sahaja sama dengan gagasan Kerajaan Perpaduan yang merupakan idea peribadi Presiden Pas, bukan idea Pakatan Rakyat.

Tulisan dan pandangan Dr Zul itu juga tidak menggunakan bahasa yang kesat dan kotor seperti kebanyakkan orang lain yang tidak bersetuju dengan kerajaan perpaduan. Pandangan yang beliau kemukakan juga berdasarkan pandangan ilmiah sesuai dengan kedudukan beliau dulu yang pernah jadi Pengarah Penyelidikan Pas Pusat.Beliau juga adalah MP Pas, Kuala Selangor.

Harakah bukan milik golongan tertentu dalam pengurusan Harakah, yang kena tulis mengikut telunjuk dan kelompok tertentu yang menguasai Harakah, tapi ia adalah milik ahli Pas dan lidah rasmi parti Pas yang sudah tentu perjalanannya merangkumi semua pihak dalam Pas.Harakah tidak boleh memihak samaada kepada pemimpin yang pro kerajaan Perpaduan atau sebaliknya dalam membuat berita, mesti adil dan hormati dunia kewartawanan, jangan terlalu kongkong edotorial Harakah nanti nak buat kerja pun tak boleh.

1 ulasan:

  1. Woit para pemimpin Pas yang menang, yg kalah, yg dilantik, ustaz ka tak uztaz sama ja. Hampa semua fikirlah sama sendiri macam mana nak ambil kerajaan Malaysia ni. Ahli2 beri kepercayaan pada hampa semua tapi dok berkelahi sama sendiri. Jika hampa dok berpakat dengan PKR dan DAP jangan pulak dok buat kerja dlm kelambu dengan pemimpin umno. Hampa nak buat kerja, kerja Puteri umno. Mereka ni kalu pandai bagi mengorat mereka ikut hampa. Apa punya pimpinan turrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

    BalasPadam