Isnin, 20 Julai 2009

Buat Bekas Mufti Perlis

Entah angin apa tiba-tiba bekas Mufti Perlis, Asri telah membuat komen tentang Pas dan ahli-ahlinya serta penyokong Pas yang kononnya suka maki orang dan termasuk kepada pemimpin Pas yang tak sehaluan dengan mereka.' Title' Islam yang ada pada Pas pun dipertikaikannya.
"Dulu mereka maki , hina saya sekarang mereka maki pula Mufti Perak, Harussani Zakaria. Manusia memang daripada Nabi Adam sampai sekarang tak pernah sependapat dalam apa jua benda yang dilakukan, mesti ada yang pertikaikannya.

Kata Asri, beliau dulu pernah dihina dan dimaki oleh Pas, sapa maki dia aku pun tak tau, tapi sebagai pendakwah dan orang bijak pandai macam Asri kena banyak bersabar . Nabi Muhammad SAW dulu pernah dilempar najis, berperang sampai patah gigi tapi Nabi tetap bersabar perjuangkan Islam. Kenapa Asri yang kononnya ada orang Pas yang maki beliau tak boleh bersabar jika hanya sekadar dicaci cerca. TGNA pun Umno hina dengan perkataan nyanyuk, dianggap munafik oleh Ketua Umno Cheras, adakah TGNA ambil 'pot' benda-benda macam tu?

Jadi manusia memang kena hina, kena maki, sebab manusia ada akal, ada fikiran. Kalau tidak mengapa Allah Taala maki dan celakakan Abu Lahab?Lainlah kalau binatang tak ada akal maki dan hina pun tak guna. Binatang hanya tau makan dan berak saja. Kalau manusia berhati binatang tahan ISA tanpa bicara 7-8 tahun dalam tahanan di Kamunting tak bolehkah dimaki hamun, tak bolehkah dikata zalim? Bunuh ulama itu tak boleh dihinakah? Muliakah mereka yang bunuh ulama?

Salah silap memang ada dalam mana-mana pertubuhan, tak kira apa pun termasukah hubungan suami-isteri boleh tergigit gigi dan lidah, malah hari ini sang isteri sanggup tikam suami gara-gara balik lambat tengok bola MU lawan Malaysia. Mungkin ada ahli-ahli Pas dan penyokong Pas tersasar dalam menyampaikan pandangan, ini diakui tapi kenapa hanya identiti ISLAM yang ada pada Pas dijadikan pertikaian? Umno parti tak hina orang ka?

Asri juga berkata ahli-ahli Pas sanggup maki hamun pemimpin sendiri kerana tidak sehaluan dalam kerajaan perpaduan. Tahap kesabaran Pas dalam berjemaah ada had kesabarannya, kalau sampai nak jual Pas, nak bermesra-mesra dengan Umno hingga timbul perpecahan sesama ahli Pas adakah pemimpin yang nak pertahankan Pas secara tegas kena berdiam diri? Larang tak dengar , bagi tau banyak kali dah jangan cakap dalam media tapi 'mereka' ketegaq nak bercakap juga, takkan nak diam diri juga? Anak kita pun kalau suruh solat buat pekak telinga saja, mesti kita rotan punggung dia. Kalau anak tak solat kita yang berdosa.

Manusia sekarang memandang kepada yang ada Phd, M.A, MBA, BA dan macam -macam lagi. Hanya mereka-mereka ni saja yang dianggap boleh pakai dan dengar hanya kerana mereka ada darjat dalam berilmu. Tapi kalau mereka tak dapat hidayah Allah, mereka lebih hina dan sesat daripada peniaga tepi jalan.

3 ulasan:

  1. GUA SETUJU NGAN PENDAPAT LU..
    dia ni mmg... dh la wahabi...
    blah la oi...
    nyampah lak aku...

    BalasPadam
  2. sayang kau ni...agama jer kau ni Islam tapi keje kau menghina, mengadu domba dan menebar fitnah sesama Islam....suruh benci kat orang ni...suruh benci kat orang tu. tak puas memecahkan sesama Islam kau nak pecah kan lagi sesama PAS (PAS K'tan & T'ganu) dan sekarang sesama ulamak pulak.

    orang lain kau suruh bijak dan bersabar tapi kau sendiri...lebih kuah dari sudu...dahsyat ilmu kau...sampai setaraf Tuhan...Tuhan leh maki...kau pun leh maki...Tuhan leh bagi syurga...kau (ke sape ek) pun leh bagi syurga.

    pedulikanlah orang UMNO tu...dia dengan pegangan dia...sape nak kisah dah...seperti nangka busuk menanti masa nak jatuh jer...tapi kau...bila mula busuk mulut...you're just the other side of the same coin jer...memalukan. kau ingat dgn cara kau menghina dan mencaci...akan menarik orang kepada engkau? melayu mencari alternatif kepada UMNO...tapi lagak orang macam kau lah yang merosakkan PAS. Atau mmg itulah matlamat kau selama ini.

    BalasPadam
  3. 9:47, wa setuju sangat-sangat. Dah over pulak wa nengok aqidah parti yg wa support sekarang ni. Kira nak hentam saja. Betul la cakap Dr Asri, mana pilihan kita semuanya harum. Mana yg tak kena dgn pilihan kita, semuanya haram.

    BalasPadam