Khamis, 16 Julai 2009

Naik!-Naik! Rakyat Di Dahulukan

Menteri Jabatan Perdana Menteri, Mohamad Nazri aziz telah umumkan kadar baru tambang teksi, Bas sekolah, Bas Express dan Bas henti-henti.

Teksi RM2 jadi RM3 untuk satu km pertama. Teksi tunggu penumpang untuk 21 saat naik 10 sen dulu 45 saat 10 sen. Rakyat Malaysia dah makin kaya raya sejak zaman gawat bermula apa nak hairan tambang mahal pun boleh bayar tambang teksi. Menteri pula kata apa nak kisah aku bukan naik teksi, kalau rasa mahal jalan kaki.

Bas sekolah pula yang pasang aircond dibenarkan naik 30%. Daripada RM21.10 jadi RM27.43. Apa nak hairan yang duduk rumah setinggan pun boleh bayar tambang bas walaupun mahal sebab teruja dengan janji PM Najib yang umumkan 11 langkah baru untuk disedekahkan pada rakyat Malaysia sempena 100 hari jadi PM. Menteri yang umum kenaikan tambang bas sekolah apa nak kisah , anak aku pergi sekolah driver hantar rakyat pembayar cukai bayar minyak kereta anak aku pergi sekolah.

Tambang bas express naik 2 sen setiap km. Kalau daripada Puduraya naik bas pergi Bukit Kayu Hitam berapa nak kena bayar? Tak pa rakyat tak bising, student banyak dapat duit PTPTN apa nak kisah janji boleh sampai kampung sudah, 2 sen bukan banyak, bukan boleh beli apa!

Bas henti-henti pula di KL naik 25 sen hingga 70 sen daripada kadar lama. Alah yang naik bas henti-henti ni bukan orang Malaysia, kebanyakkannya warga asing seperti Bangladesh, Mnymar, Indon, Nepal, Vietnam dan India, apa nak riuh rendah orang Malaysia tak naik bas henti-henti ni awek tak mau, ngorat tak makan. Lagipun minyak kita dah murah!
Inilah hadiah permulaan Najib sebelum menyedekahkan 11 langkah terbaru untuk rakyat Malaysia yang disayanginya. Di luar negeri harga roti naik 5 sen pun rakyat bangun tunjuk perasaan marahkan kerajaan tapi rakyat Malaysia adalah rakyat yang berbudi bahasa, penuh dengan tatasusila, demontrasi bukan budaya kita kata Pak Menteri. Musa Hasan tentu sokong. Kalau rakyat Manek Urai pun UMNO-BN boleh kencing takkan rakyat Lembah Klang tak boleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan