Selasa, 28 Julai 2009

Umno: 'Sekerat Ular, Sekerat Belut'

Umno begitu teruja dengan keinginan TGNA nak berbaik-baik dengan Kerajaan Pusat. Maka dicanangkanlah bahawa Murshidul Am Pas itu mahu berbaik-baik dengan Umno, mahu buat perpaduan dengan Umno atas nama Melayu dan Islam. Umno pun mahu bincang dalam MT Umno akan cadangan Tok Guru itu. Belum apa-apa lagi Umno dah hampar tilam kata Pas dah setuju nak tidur sebantal. Lain yang Murshidul maksudkan lain pula Umno bagi tau kepada ahli-ahli Umno.

TGNA maksudkan kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat bukan dengan parti Umno untuk kepentingan rakyat Kelantan. Takkan Umno tak tau beza antara parti dan kerajaan? Benda senang macam tu pun Umno putar belit kata Pas setuju nak bersama Umno. Mungkin Umno ingat segala jenis kementerian , jabatan kerajaan, balai polis dan dewan orang ramai tu Umno punya sebab tu Umno ingat antara Kerajaan pusat dan Kerajaan Negeri tu antara Umno dan Pas. Kalau semua kementerian dan Jabatan Kerajaan tu Umno punya , kena ada logo Umno lah kat semua tempat tu.

Peribahasa di atas bermaksud- Peri orang yang jahat hatinya, lain yang kita katakan, lain pula yang disampaikannya.

1 ulasan:

  1. Actually...mentaliti orang2 yang macam kau ni la yang akan membuat PR kalah teruk dlm PRU13 nanti. Just because u won big in 2008...phuwaaa...u agak the whole country is behind PR dan PAS oredi. Tambahan pulak u r surrounded by same idiots macam u. Your self-cocoon is hindering your view bro. You hanya dengar apa yg u nak dengar and u think the whole country is thinking mcm u. Mcm u saja yg boleh berfikir. Mcm u saja yg betul. U can blame the Sabahan or Sarawakian la...but the silent majority can hit both way. Nahas u by then.

    BalasPadam