Sabtu, 18 Julai 2009

TEO: Yang Lain Kira OK, Tang Tidur Tuuu

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata punca pelbagai kecederaan mayat Teo Beng Hock, Setiausaha Politik Exco Selangor kerana terjatuh daripada paras tinggi.
" Siasatan kini lebih menjurus kepada bagaimana dan punca Beng Hock terjatuh dari bangunan berkenaan."kata Ketua Polis Selangor -lapor Utusan Online.

Ya la jatuh tempat tinggi memang jadi lagu tu, tapi kenyataan pegawai SPRM yang kata Teo letih dan tak mau balik bila soal siasat tamat pukul 3.45 pagi nak TIDUR kat bilik tetamu SPRM tu yang aku tak berapa nak boleh terima. Teo dikatakan tidur sampai pukul 6 pagi , lepas tu hilang.Kat bilik tetamu SPRM tu ada CCTV ka? Boleh tengok pukul berapa Teo tidur kat situ. Lain la kalau pegawai SPRM kata CCTV tak berfungsi atau rosak!

Pejabat SPRM bukan pub, lounge dan pusat karoake boleh sedap-sedap lepak sampai cerah. Terjatuh , terleceh, tertolak atau dijatuhkan , ditolak, diusung dan diletak .Semua kemungkinan ada. Dulu BPR sekarang SPRM lagi ganas layan saksi untuk dapatkan bahan bukti.

6 ulasan:

  1. Mung ni gok....klu giliran fitnah tu kene berlaku pd PAS...mcm2 ayat Quran mu bawok tubik. Jgn pecoh beloh lah....jgn mudah percaya pada berita yg dibawok la....bersabor la. Jgn membesorkan api la. Tapi gok...bila terkene tang orang lain....jahat dan busuk hati mu. Siap berspekulasi mcm2.

    Mung ni takdok ugama ke....nok tolong marok api ke? Tuntut adakan sisatan bebas sudohlah. Sebelum mung suruh org hayati Quran...mung tu patut hayati sediri....bengong.

    BalasPadam
  2. BEIRUT, July 18 – Malaysian Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi revealed yesterday that he met with Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu in France last month and explained Malaysia’s stand on the West Asian issue.

    The oppressed Arabs and Palestinians do not see a peace partner in Netanyahu so it is puzzling that Zahid Hamidi can even think of meeting with that man.

    Did Zahid Hamidi shake the hand of a muslim-killer?

    BalasPadam
  3. Tuntut SPRM siasat rumah Khir Toyo rm 24 juta!

    BalasPadam
  4. Menteri JPM, Mohammad Nazri Abdul Aziz berkata-"saya dapat laporan awal dari SPRM mengatakan dia(Teoh) dah dilepaskan selesai soal siasat semalam.Jadi dia patut balik rumah.Kita pun tak tahu dia (TEOH)nak terjun bangunan itu."
    Tanpa nama no 1, hang ingat Nazri tu kata macam Teoh tu bunuh diri bukan spekulasi ka?Menteri hang tu tak bengong ka? Kalu otak hang dah di brainwash BTN Umno memang hang tak boleh keluar daripada kepompong Umno. Taik Umno pun hang kata suci

    BalasPadam
  5. Org dok pelik klu dia (nazri) nok cakap gitu....mmg sifat dia doh org UMNO..dok soh beng nok cara la....yang mung ning dok berlakong macam warok bedooh...tapi bab ngutuk kok rang....dok berspekulasi.....hampehhhh.

    Kalu lah takdir Tuhan memang betul ada bukti dia ni bunuh diri...dok ke mung ning termasuk antara orang2 yang bawok fitnah besor?

    Berpada2 gok...jgn dok igt besor kepala mentang2 semayang dok tinggal...boleh ngaji sikit...gi dengor dua tiga kali kt semejid. Bakpe...dosa dok lekat ke ke diri mung?

    Panda2 nok wat diagnosis sendiri. Lebih kurang mcm puak sister in islam la mung ning. Ilmu siket...tapi cerita....nung pah depang doh.

    BalasPadam
  6. Hang kata ilmu aku sikit aku terima, ilmu hang banyak mana? Hang cucuk jarum dalam air laut , yang lekat di jarum tu saja ilmu manusia, yang luas lautan dan muka bumi tu Allah Taala yang punya...ada faham. Buat julai 18 22:41

    BalasPadam