Isnin, 6 Julai 2009

Timbalan Presiden Pas Tak Muncul Penamaan Calon Pas Dun Manek Urai

Penamaan Calon Pas Dun Manek Urai tetap meriah walaupun tanpa kelibat TP Pas yang terus menyorok dan tak mau muncul di khalayak ramai. Nasharudin Mat Isa berada di mana ketika semua pemimpin utama pakatan rakyat memberi sokongan kepada Abe Uji calon Pas di Dun Manek Urai?Kenapa beliau tak mau turut bagi sokongan seperti lain-lain pemimpin Pas termasuk Presiden Pas, Tok Guru Haji Hadi dan Mustafa Ali, Setiausaha Agung Pas yang turut serta dalam perarakan calon Pas ke pusat penamaan calon? Adakah TP Pas itu masih tidak dapat terima kenyataan akan kemaafan TGNA kepada beliau yang terlibat dalam isu kerajaan perpaduan yang dah tamat itu?

Takkan lah beliau berdendam dengan TGNA sehingga sanggup pulau atau boikot PRK Manek Urai.Macam-macam persoalan timbul dengan ketidak hadiran beliau kepusat penamaan calon tersebut.

1 ulasan:

  1. Kalau dia mai, kut hangpa perhambat dia pulak...
    Dia mai salah, dia tak mai pun salah...

    Rasa aku sahih dia tak berdendam dgn TGNA. Yang tak menariknya,kita mengelak pulak bila TGNA bagi komen dulu cara jawab macam dah lama pulak duk ber'dendam'... Tak ke gitu????

    BalasPadam