Selasa, 21 Julai 2009

Bekas Mufti Kena Bersilat Dalam Gelanggang

Buat Bekas Mufti Perlis, bersilatlah dalam gelanggang politik, jangan hanya menyuarakan pendapat di luar gelanggang politik baru Asri tahu betapa berpolitik dengan hanya jadi pendakwah biasa sangat berbeza. Ini pendapat peribadi aku, sapa nak kutuk aku, nak kata apa pun dekat aku terpulanglah kepada sesiapa sahaja. Manusia ada hak untuk suarakan pendapat masing-masing sama ada baik atau buruk bergantung kepada penilaian masing-masing.

Aku nak tanya kepada Asri, adakah beliau tidak pernah menghina lain-lain pendakwah agama, memperlekehkan orang lain yang bercakap agama?Apakah Asri sudah lupa satu masa dulu beliau pernah menghina seorang pendakwah bebas di Utara Semenanjung dengan menganggap Ustaz tersebut sebagai pelawak dan pembuat finah. Kedua Asri berkata dalam satu debat dengan seorang yang berasal dari Perlis yang pernah bekerja di Brunai bertaraf DR juga dalam bidang agama, merasa hairan kenapa DR tersebut tidak terima hujah beliau berkaitan 'Bidaah', lain lah kalau pendakwah yang dianggapnya pelawak itu tak terima hujah beliau, beliau tak hairan.(Aku bertanggungjawab dengan apa yang aku katakan)

Adakah merendah-rendahkan ilmu orang lain tidak dianggap menghina? Apakah itu tidak takbur namanya? Bukankah sifat takbur itu menolak kebenaran dan memandang rendah sesama manusia?Bukankah sifat takbur itu memandang rendah kepada Allah Taala? Bukankah bersikap takbur itu walaupun sebesar zarrah tak masuk Syurga?

Kenapa Asri tak buka blog beliau untuk semua orang turut bagi komen? Bukankah berpolitik itu sebahagian daripada ajaran Islam, janganlah hanya menunjuk kain orang yang terkoyak kain sendiri pun tak berjahit. Masuklah dalam gelanggang berpolitik ajaklah Mufti Perak sekali berpolitik, pilihlah mana-mana ideologi yang serasi dengan TUAN berdua. Biar nampak jelas dan terang. Beli kereta pun ada jenama.

Kepada yang kata dan cerca aku dengan bahasa yang sesuai untuk lembu dan kambing aku tak layan , pergilah bercakap kepada lembu dan kambing . Aku layan lembu dan kambing ni untuk buat gulai dan sup saja.

Wallahua'lam

1 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam