Berikutan banyak insiden politik yang libatkan Kerajaan Negeri Selangor yang dikuasai Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini ada kemungkinan PM Najib akan istihar PRU pada tahun ini juga pada bulan November 2009 kata seorang pemimpin Pakatan Rakyat.
Bermula dengan penyiasatan SPRM keatas 7 orang Adun Pakatan Rakyat di Selangor yang kesemuanya Cina kerana didakwa seleweng wang peruntukan kerajaan negeri dan kematian Teoh Beng Hock ,seorang Setiausaha Politik kepada Exco Negeri Selangor, Ean Yang Hian Wah yang penuh misteri dan tandatanya itu telah menimbulkan kemarahan masyarakat keturunan Cina.
Target Najib sekarang adalah orang Melayu kerana Najib mendapat maklumat dalaman sokongan orang Melayu dah kembali kepada Umno. Beliau mahu ambil kembali Selangor daripada tangan Pakatan Rakyat. Cucuk- mencucuk antara Pakatan Rakyat dan Umno-BN di Selangor, tuduh menuduh antara satu sama lain telah menimbulkan suasana tidak tenteram kepada rakyat Selangor. Ini dilakukan oleh Umno yang pakar dalam kerja-kerja politik perang saraf supaya Negeri Selangor tidak stabil di perintah Pakatan Rakyat.
11-11-2009 itulah tarikhnya yang dijangka PRU akan datang. Selangor yang Najib idamkan negeri terkaya dan maju di Malaysia. Kepada mana-mana wakil rakyat yang tak buat kerja untuk rakyat tengoklah nasib hang pa selepas ni.Tak masuk sidang dun , MC sampai 6 hari kalau kerja kilang dah kena tendang keluar kilang dah..
Umno beranggapan trend orang Melayu dah kembali pada tahun 2004, sokong Umno. Orang Melayu dah kelabu mata dengan One Malaysia dan 11 sedekah PM Najib kepada rakyat Malaysia. Kata Tun Mahathir orang Melayu mudah lupa. Samy Vellu dapat peruntukkan berjuta ringgit untuk orang India, untuk kenyangkan tembolok MIC, semua seronok dengan PM Najib.
Umno kalah di Manek Urai tapi riuh satu Malaysia macam dia menang, jaja kat orang Melayu Pas akan kalah macam pru-11 2004. 'Alarm clock' dah berbunyi untuk Pas dan Pakatan Rakyat bersiap sedia hadapi segala kemungkinan, kalau pakat lawan gigit telinga sesama sendiri terimalah akibatnya, adegan yang tak sanggup kita lihat akan berlaku!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan