Ntv7, stesyen tv milik Rangkain Prima yang ada kaitan dengan umno dalam satu programnya yang diacarakan oleh Floorence Looi sempena 100 hari Najib jadi PM telah memberi gred C dan D saja untuk Najib selama 100 hari jadi PM. Markah tersebut diberikan oleh seorang ahli panel program 'Point of View', Leslie Lau dari Malaysian Insider. Gred C dan D untuk Pm Najib itu juga menyebabkan pengacara program tersebut, Floorence Looi ditukar bidang kerja ke bilik berita.
Sebelumnya mantan PM, Mahathir berkata selama 100 hari Najib jadi PM banyak yang negatif daripada yang bawa kebaikkan. Gred C dan D itu kalau bagi murid-murid yang ambil UPSR tak layak untuk masuk sekolah berasrama penuh. Atas dasar apa ahli panel tersebut kata Najib hanya layak dapat Gred C dan D?
Kebebasan media yang dilaungkan kerajaan hanya untuk sokong Umno tapi kalau buat pandangan yang tak menyokong Najib kena tindakan disiplin. 1 Malaysia hanya untuk sokong Najib bukan 1 Malaysia lawan Najib
Tiada ulasan:
Catat Ulasan