Isnin, 27 Julai 2009

Nasib Selangor Akan Jadi Seperti Trengganu 2004?

Nampaknya jentera Umno Selangor sekarang ini bekerja kuat untuk tawan semula Selangor daripada Pakatan Rakyat.Umno Selangor yang tubuhkan PINTAS (Program Inisiatif Tawan Selangor) menyerupai zaman Pas Selangor dulu yang tubuhkan Tahun Tawan Selangor (TAWAS) kalau aku tak silap.

Ya lah Selangor negeri kaya dan maju di Malaysia mana Umno tak mau rampas balik, sama macam Trengganuyang kaya minyak , dulu yang dikuasai Pas tahun 1999-2004, sekejap saja Pas kuasai Trengganu dah dirampas semula Umno-Bn.

Jika dilihat banyak isu yang libatkan kerajaan negeri Selangor dibesar-besarkan bertujuan supaya rakyat Selangor termakan umpan Umno Selangor untuk tukar kerajaan pru-13 akan datang kepada Umno-Bn.

Kalau adun-adun Pakatan Rakyat ambil mudah dan pandang remeh saja gerak kerja Umno ni ada kemungkinan akan makan diri.

1 ulasan:

  1. Pakatan Rakyat ka Barisan Nasional serupa je. PR pun belum apa2 pun Eli dah terlondeh kain. Dah tu pulak dia sanggup duk lagi. Mampus umno. Aku pun geram selakannya.

    BalasPadam