Aku terbaca suatu pandangan Zaharuddin Abd Rahman dalam blognya yang mengulas panjang tentang tangkapan Jais dan sekutunya ke atas Dr Asri, Bekas Mufti Perlis yang mendapat sokongan pelbagai pihak samaada Umno, Pas , Keadilan dan Ngo-Ngo yang banyak simpati kepada beliau. Cuba anda baca pula pandangan Zaharudin dalam blognya-Tangkapan Dr Mohd Asri: Suatu Pandangan di sini klik
Semasa zaman Khir Toyo jadi MB dan Umno kuasai negeri Selangor dulu ramai para ustaz dan guru agama ditangkap oleh Jais dan didakwa di Mahkamah Syariah kerana mengajar tanpa tauliah tidak ada pula orang Umno atau pemimpin Umno nak pertahan macam pertahan Dr asri.
Mungkin kerana Dr Asri orang besar dan Bekas Mufti dan siapa yang dapat tarik Dr Asri masuk dalam parti mereka merupakan satu keuntungan buat mereka.
Zaharuddin ni set Asri jugak. Dok bawak ajaran baru (bid'ah) di masjid dan surau d Selangor nak perbetul sembahyang orang Melayu Mazhab Shafei konon.
BalasPadamWoit Zaharuddin semua bid'ah itu sesat. Mengaji setinggi mana pun selagi tak memerangi rasuah ke akar umbi dan bapak rasuah umno dan Kera-paduan, jangan dok mendabik dada Islam aku yg betul.