Rabu, 4 November 2009

Sallahudin Nak Perkasa Parti , Hasan Buat 'Road Show'

Naib Presiden Pas , Sallahudin Ayob menjelaskan kepada Bernama, Seminar yang bakal diadakan Ahad ini bukannya untuk membincangkan kemelut yang berlaku dalam parti itu sebaliknya untuk memperkukuhkan kerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk hadapi pru akan datang.

"Ini (isu kemelut kepimpinan) tak berbangkit, kira dah selesai. Soal (Pesuruhjaya Pas Selangor) (Datuk) Dr Hassan Ali kita dah serah kepada Jawatankuasa Disiplin parti," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas perkara itu di sini Rabu.

"Adalah diharapkan pada penghujung seminar kita akan dapat menyatakan kepada masyarakat luar bahawa Pas masih bersama pakatan rakyat dan (akan) memperkukuhkan kedudukan kita dalam pakatan," katanya. Seminar Bukan Untuk Bincang Kemelut Kepimpinan Pas-bernama

Sallahudin nak perkasakan parti dalam Seminar sementara Hasan Ali PJ Pas Selangor sedang mengadakan siri 'Roadshow' nya dengan Pas Kawasan di Selangor untuk mempertahankan dirinya akibat kritikan yang ditimbulkan TGNA terhadapnya . Hasan Ali begitu cerdik setiap malam sebelum menjelang tarikh Seminar ,Ahad ini beliau menganjurkan Majlis Taklimat Isu-isu Semasa Dan Dialog dengan AJk-AJK Pas Kawasan supaya apa yang diterangkannya dalam majlis yang diadakan mendapat simpati ahli-ahli Pas di Selangor supaya mempercayai cerita 'motivasinya' itu.

Cerita Melayu-Islam dan kemiskinan hidupnya kerana berjuang dalam Pas dijadikan modal murahan untuk dipercayai ahli-ahli Pas yang hadir. Kempen senyap Hasan Ali itu dapat dihidu penulis-penulis blog dan berita itu tidak disiarkan dalam harakhdaily. Kempen Hasan itu juga seperti akan ada pemilihan dalam Seminar yang akan diadakan. Baca di sini (Nik Aziz) You're Not God!

Sementara Profesor Dr Aziz Bari terus mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa Pas mesti memecat Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa dan Pesuruhjaya Pas Selangor , Hasan Ali dan Pas kena buat 'korban' itu untuk selamatkan Pas sekalipun mahu pertahankan Presiden Pas. Baca komen terkini Prof Dr Aziz bari dalam Malaysiakini- Pas Perlukan 'korban' Untuk Pulih

Prof Dr Aziz Bari telah bersetuju untuk hadir bentang kertas kerjanya dalam Seminar Politik Pas Ahad ini. Jika Prof tersebut dalam kertas kerjanya terus desak Hasan Ali dan Nasa dipecat apakah Pas akan buat pula EGM selepas Seminar Politik nanti? Kalau tak mau dengar pendapat orang luar Pas kenapa dijemput takkan semua perwakilan yang hadir nanti datang dengar lepas tu pakat balik apa satu keputusan tak dapat dicapai. Kalau macam tu memang buang masa sungguh la!

"Tidak perlu ulang apa yang saya sudah katakan. Kalau itu terlalu berat, gugurkanlah (timbalan presiden) Nasharuddin Mat Isa atau (pesuruhjaya PAS Selangor) Dr Hassan Ali, sebab terlalu jelas PAS perlukan korban," kata profesor Dr Abdul Aziz Bari-malaysiakini

1 ulasan:

  1. Saya selalu baca politik malaysia. Boleh cerita kat saya ni, apa-apa latarbelakang Dr Abdul Aziz Bari. Sebabnya, PAS jadikan ia sebagai rujukan utama - setiap pandangannya akan diterima tanpa bantahan - hingga bergegar PAS.Hingga lupa kepada ulamak PAS yang ikhlas berjuang.Ingatlah dulu mereka dihina, dipulau, dimaki ketika berdakwah kepada golongan jahiliah.

    Selama ni tak ada pun cerita macam ni - hebat.
    INGAT SEMULA SEJARAH NABI / DITEGUR OLEH ALLAH- PANDANGAN TAK KIRA PANGKAT, KELULUSAN & KEDUDUKAN.
    MASA BELAJAR DULU,SAYA SELALU BERKAWAN / BERBINCANG DENGAN BAKAL -BAKAL DR. Mereka semua macam kita - sama aja, Kalau berbincang tak semestinya idea mereka kita pakai.

    MU MISAIMERAH TOLONG CERITA - SAPA DIA DR ABDUL AZIZ BARI- RUJUKAN UTAMAMU.

    BalasPadam