Semalam Najib berkata Umno mau buat Kerajaan Perpaduan atas nama Agama Islam bukan lagi atas nama bangsa Melayu. Kalau dicampur jadilah Melayu - Islam seperti yang diperjuangkan oleh segelintir pemimpin Pas yang otaknya telah dicuci oleh Biro Tata Negara. Pusing pi pusing mai sama saja maksudnya.
Ajakan Najib itu diibaratkan ajakan untuk menambahkan lagi keributan yang berlaku dalam Pas dengan tujuan supaya pemimpin Pas akan terus berselisih pendapat mengenai UG. Punca krisis yang berlaku dalam Pas sekarang pun adalah disebabkan oleh isu penyatuan Umno-Pas yang bermula selepas pru-12 yang lalu. Najib yang sedar krisis dalam Pas belum selesai dan cuba memancing kalau-kalau umpan terus mengena sorang dua pemimpin Pas agar sambut pelawaan Najib.Najib cuba menuang minyak tanah ke dalam api agar Pas terus berkocak dan bergolak sesama sendiri.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Ustaz Idris Ahmad menganggap pelawaan Najib itu umpama orang yang gila talak kepada janda yang ditinggalkannya. Kata Ustaz Idris:
"Kelakuan Datuk Seri Najib tidak ubah seperti orang gila talak, walaupun jandanya tidak mahu berbaik dengan bekas suaminya,"jelasnya. Bacaan lanjut di sini Kerajaan Perpaduan Najib Mengigau Dan Gila Talak
Kalau bercerai talak tiga dah tak boleh kawin dengan jandanya tapi kalau pakai 'Cina Buta' boleh kawin semula dengan jandanya.
Maya, Aishah, Wardina berdiri teguh di belakang Dr Asri.
BalasPadamDeris hangpa dok kira Najib yang gila talak kepada janda yang ditinggalkannya.
Kes talak banyak tak dpt selesai hangpa kira bagi selesai sampai gantung tak bertali.