Menurut sumber-sumber yang dipercayai, Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Pakatan Rakyat Di Selangor telah bermensyuarat sehari yang lalu 2-11- 09 mengenai isu yang timbul di Selangor , berkaitan Hasan Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor.
BBC telah sebulat suara bersetuju supaya satu bentuk tindakan diambil ke atas Hasan Ali bagi menyelesaikan isu yang berkaitan Hasan Ali dalam pentadbiran Negeri Selangor. BBC juga telah menghantar surat kepada Murshidul Am Pas Tok Guru Nik Aiz Nik Mat, Presiden Pas Tuan Guru Hadi Awang, Penasihat Parti Keadilan, Anwar Ibrahim dan juga kepada Lim Kit Siang (DAP) yang juga mungkin ada kaitan dengan kedudukan Hasan Ali dalam pentadbiran Negeri Selangor dan Pakatan Rakyat
Butiran lanjut mensyuarat BBC Selangor itu tidak diperolehi.
Kalau tak kena gaya Kerajaan PR di Selangor tumbang. Hidup TGNA !
BalasPadam