Jumaat, 6 November 2009

Banner Yang Cuba Pecah Belahkan Pas Di Shah Alam


Ini banner yang digantung di hadapan Masjid Al-Hidayah , Seksyen 18 , Shah Alam yang cuba 'dajjalkan' Pas di kawasan Shah Alam. Daripada ayat-ayat yang digunakan adalah kerja buat Umno untuk cuba belahkan persaudaraan dikalangan ahli Pas supaya jadi porak poranda. Politik murahan ini aku yakin tidak sedikit pun akan berjaya melemahkan orang-orang Pas walaupun pemimpin mereka dilanda 'stunami' .

Bagi aku terus terang aku cakap 'Dua Tok Guru" dalam Pas mestilah dihormati. Kata nista dan caci maki bagi mereka berdua adalah tidak sepatutnya dilakukan atau dibiarkan berlaku. Walaupun berbeza pendapat boleh diluahkan dalam bahasa yang tidak maki hamun kepada mereka berdua.

Lawan Pas yang sebenarnya adalah Umno selagi Umno tidak ubah dasar kebangsaan dan sekularisme yang jadi tunjang perjuangan Umno. Sebutlah atas nama Melayu-Islam ka, apaka kita mesti lawan Umno. Ingatlah orang munafik yang buat amalan baik sekalipun tetap neraka juga yang Allah bagi kepada mereka. Hatta neraka yang paling bawah buat mereka yang munafik.

1 ulasan:

  1. Betulke misalmerah masih hormatlagi TGHA. Dulu ye, Leni macam pengikut setia DR je.

    Dlm situasi macam ni, memang patutlah uMNO buat macamtu.
    Sebabnya - pemimpin atasan terlepas cakap pada media massa - politik GEDEBE sesuai diKelantan bukan dilain negeri.

    BalasPadam