Jumaat, 6 Januari 2012

Timbalan Presiden Pas tegur Hasan Ali:'Sistem kita sistem parti, bukan sistem individu'

Mat Sabu:Ahli Pas boleh hadir 'Bebaskan Anwar'-Malaysiakini


Ahli, pemimpin dan penyokong PAS boleh menghadiri perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’ pada 9 Januari ini meskipun tiada arahan bertulis daripada pemimpin atasan, kata timbalan presiden parti itu Mohamad Sabu.

Beliau mengulas kenyataan bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali yang semalam mengeluarkan kenyataan bahawa adalah tidak sesuai mengheret rakyat menyertai perhimpunan haram itu semata-mata bagi mempertahankan isu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Hasan yang juga exco kerajaan negeri Selangor juga mengumumkan bahawa beliautidak akan hadir pada Isnin ini.

"Itu kehendak dia. Presiden dan saya akan hadir... Setakat ini tidak ada arahan bertulis (daripada PAS Pusat).

"Kalau presiden dan timbalan presiden hadir, maknanya ahli boleh hadir,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam.

"Ahli dan penyokong PAS, boleh mengiringi presiden dan timbalan presiden untuk mengikuti keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini," kata Mohamad (atas, kanan) yang popular dengan panggilan Mat Sabu.


Mengulas keceluparan pemimpin PAS itu, Mohamad berkata ia adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian rasmi PAS.

"Beliau masih lagi ahli jawatankuasa PAS Pusat, beliau boleh mengemukakan (cadangan itu) dalam mesyuarat jawatankuasa. Beliau ada saluran dalam PAS.

"Kemudian PAS akan mengemukan cadangannya itu dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. Keputusan mesyurat (Pakatan) adalah pandangan yang sebenar.

"Sistem kita sistem parti, bukan sistem individu," katanya.Baca semua di sini.


Sementara itu Keadilandaily.com melaporkan Mat Sabu gesa polis kawal Perkasa 9 Julai .Buat apa nak kawal Bang Mat...ari tu demo Bersih 2.0 Perkasa tak nampak muka pun.

1 ulasan:

  1. bekasPenyokongGengUlamak6 Januari 2012 pada 12:15 PTG

    mat sabu,
    kau nampak masih malu-malu mata dengan anak Ali, apa yang hendak kau malukan, halau sahaja anak Ali keluar daripada PAS. Kau tak boleh tunggu Presiden parti halau, kerana beliau pun telah terhutang budi kepada anak Ali.
    jika kau nak jadi penyelamat parti yang dihormati oleh sekelian ramai ahli PAS, tolong cari bomoh halau hantu UMNO yang buat kacau dalam PAS.

    BalasPadam