Jumaat, 6 Januari 2012

'Jamil Khir miskin, rakyat kaya '

'Guna zakat bayar kos guaman tak langgar syarak'-Malaysiakini

Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Dr Muhammad Yamin Ismail hari ini berkata jika sekalipun wang zakat digunakan untuk pembayaran kos guaman, ianya tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Katanya, ia berdasarkan keputusan mesyuarat khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan bil 2/2009 yang dipengerusikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan pada 3 September 2009 yang memperakukan Anggaran Belanjawan MAIWP 2010 termasuk penggunaan wang zakat bagi maksud bayaran khidmat guaman.

"Walau bagaimanapun, pengurusan MAIWP amat berhati-hati dalam penggunaan wang zakat sekalipun terdapat keputusan berkenaan," kata Dr Muhammad Yamin dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Laporan Audit Negara mengesahkan RM63,650 telah dikeluarkan dari dana zakat MAIWP untuk mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom dan dua yang lain.

Kos guaman itu adalah bersabit kes tuntutan qazaf oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.

Bagaimanapun, laporan itu menyatakan jumlah tersebut telah dikembalikan selepas MAIWP menerima geran RM700,000 pada Jun 2010 daripada kerajaan untuk perbelanjaan lain selain daripada agihan zakat, seperti perkhidmatan perundangan, pentadbiran, elaun mesyuarat dan penyenggaraan kenderaan.Baca semua di sini.

Gambar atas rumah Jamil Khir Baharom.Kalau Jamil Khir boleh guna duit zakat pinjam sat lepas tu bagi balik , rakyat pun sama boleh pinjam lepas tu bayar balik.Kalau tak salah kenapa bayar balik?


Adakah Jamil Khir termasuk dalam golongan yang layak guna duit zakat sementara rakyat yang Islam semuanya kaya raya sebab tu tak layak guna duit zakat sesuka hati?Woiit! jangan la nak guna macam-macam alasan untuk halalkan orang kaya macam Jamil Khir salah guna duit zakat.


Dunia-dunia meniaga agama lagi untung! Dunia akhir zaman matlamat halalkan cara.Semua umat Islam sila beratur di pejabat Wilayah Persekutuan untuk guna duit zakat bagi yang ada saman bangkrap.Peluang ni bukan selalu dapat! 

5 ulasan:

  1. wow....rumah dia 'very the kecik'

    BalasPadam
  2. para alim dalam umno dan pengampu umno memberi pelbagai alasan kerana ingin MENGHALALKAN tindakan mereka.
    Buat perubahan dalam PRU13 PR mesti ke putrajaya.Bersihkan negara ini daripada najis dan sampah

    BalasPadam
  3. Tu dia. Nak bodek pun jangan sampai melampau. Eloklah UMNO ambik si Jamil ni jadi calon. Kami akan kempen habis-habisan sampai dia tersungkur. Apa macam Najib? Ambik Jamil jadi calon macam menempah jalan ke neraka.

    BalasPadam
  4. alah sama gak lah orang pakatan pun....lagi teruk.......Pakatan Rakyat...kempen dgn serangan peribadi nya.....

    BalasPadam
  5. Sapa yg tak kenai hang ni Jamil..dr dulu sampai la ni perangai hang yg suka menyamun ni dah tersebar luas..klu org PAS mintak zakat hg suruh pegawai hang tolak..tapi kalu PAS yg dok bayar hang tak tanya la pulak.
    Sedar sikit hang tu Menteri Agama status Senator..tp minta org taja mcm hang tu ada kawasan..muka hang aku dok tengok pun takda selegha la..berlemuih..

    BalasPadam