Isnin, 16 Januari 2012

Hasan Ali dah jadi sejarah kepada Pas bagaimana dengan yang lain?

Setelah dipecat daripada Pas Hasan Ali kini merancang membuat 'roadshow' ke selurrrrruh Malaysia untuk memburuk-burukan parti yang bagi beliau kedudukan istimewa, pangkat dan darjat.Malah ada yang kata Hasan Ali pernah diselamatkan daripada bangkrap kerana Harakah tolong selesaikan masalah kewangan beliau.Betulkah?

Malaysiakini melaporkan Jelajah Hasan Ali dedah 'parasit' Pas.Hasan Ali kini mengikut jejak langkah Zul Kulim  yang dipecat daripada PKR dan bertindak kutuk parti PKR selepas dipecat.Mungkin inilah agaknya orang profesional yang berlagak macam ustaz tapi lupa diri bahawa satu ketika dulu rakyat pilih mereka kerana bencikan Umno bukan pilih batang tubuh mereka.

Ada yang kata kenapa sesetengah ustaz-ustaz dalam Pas boleh terpengaruh dengan agenda Hasan Ali sedangkan beliau bukan seorang ustaz hanya pakar motivasi?Ustaz Nasa begitu kagum dengan Hasan Ali bahkan beliau kata banyak belajar daripada Hasan Ali.Hasan Ali patut perbetulkan dirinya sendiri sebelum lebih laju perbetulkan orang lain.

Biarlah Hasan Ali dengan dunianya.Hasan Ali dah jadi sejarah kepada Pas.Tapi bagaimana pulak dengan yang lain yang masih belas ihsan kepada Umno tapi mereka tidak sedar bahawa Umno sikit pun tak ada belas kasihan kepada Pas.Bagi saya kalau anak Tok Guru sekali pun , tak kiralah anak Tok Guru mana nak bawa Pas bersama Umno saya akan lawan.

Saya menyokong Pas bukan kerana batang tubuh pemimpin tapi kerana ideologi Islam yang Pas bawa.Saya menyeru kepada semua ustaz-ustaz dalam Pas bangunlah dan bangkitlah berjuang bersama rakyat mustadafiinJangan jadi mandom..Anda semua kena kenang kembali bagaimana regim zalim Umno bunuh ustaz Ibrahim Libya di Memali kerana lawan akta zalim ISA.

Cakap Hasan bukan lagi cakap Pas dia boleh cakap apa saja.Tapi kalau kita boleh kata kat orang,oranglain pun boleh kata kat kita.

Kata seorang ustaz muda kepada saya,"Hasan Ali patut dipecat 3 tahun dulu selepas PR berkuasa di Selangor bukan sekarang."Tambah beliau lagi ,"Sheikh Yusuf Al-Qardhawi juga pernah dipecat daripada Ikhwan Muslimin."

1 ulasan:

  1. Badwi bunuh Hamzah rasul terima masuk islam.

    Khalid al walid perancang perang uhud rasul terima masuk islam.

    Abu sufian menyerah apabila Mekah ditawan, rasul terima ia masuk islam

    Dan lagi dan lagi..........UMNO nak islam welcome.

    BalasPadam