Isnin, 30 Januari 2012

Harga gula:Melayu dan rakyat Malaysia kena tipu lagi

Subsidi gula: Rakyat diperbodohkan kata Pua-Malaysiakini

DAP membidas kerajaan pimpinan BN kerana cuba memperbodohkan orang ramai dengan membuat dakwaan bahawa subsidi gula dinaikkan kerana harga dunia yang meningkat sedangkan hakikatnya harga gula di seluruh dunia turun sejak enam bulan yang lalu.


"Oleh yang demikian, dengan mengekalkan harga gula pada RM2.30, kerajaan sebenarnya telah memberi subsidi yang kurang, dan bukannya subsidi tambahan, seperti yang dengan bangganya didakwa oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri  lsmail Sabri Yaakob.

"Apakah lsmail Sabri cuba untuk menipu rakyat dengan mendakwa kononnya Malaysia telah meningkat lagi subsidi gula kerana harga bahan itu di seluruh dunia telah meningkat walaupun hakikatnya adalah sebaliknya?" kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua  dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk laporan akhbar Jumaat lalu, di mana menteri berkenaan mendakwa bahawa kerajaan menanggung subsidi yang kian meningkat iaitu daripada 20 sen kepada 54 sen sekilogram gula bagi mengekalkan harga pada RM2.30.

Dalam laporan akhbar The Star itu, Ismail Sabri memuji kerajaan kerana mampu mengekalkan harga gula walaupun pada hakikatnya bahawa "harga gula global terus melambung".

Dalam menyangkal dakwaan itu, Pua berkata apa yang sangat menarik ialah harga gula global dalam tempoh enam bulan yang lalu sejak kenaikan harga terakhir pada bulan Mei 2011 sebenarnya telah turun dengan ketara dan tidak melambung.-M'kini


Menteri bangang tokey gula semakin kaya.Rakyat ikat perut akibat kenaikan harga barang yang semakin melampau.Abukan Umno-BN pru 13.

2 ulasan:

  1. bila sitolol memerintah rakyat makin melarat,pemimpin hidup mewah rakyat terpaksa ikat perut......

    BalasPadam
  2. Yang hidup mewahnya semuanya Pemimpin..termasuklah dari DAP,PAS,UMNO dan semua Parti..Kita rakyat tertipu...Ada benor ke Si TONY PUA tu nok berjuang untuk rakyat terutamanya melayu dan paling penting ORANG ISLAM...TONY tu BAPAK KRISTIAN...

    BalasPadam