Rabu, 10 Februari 2010

'Sumpah Di Bumi Komisen'- Buku Kartun Terbaru Zunar

Kepada penyokong Pakatan Rakyat yang kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan Putrajaya yang beri kemenangan kepada Zambry bukan kepada Nizar dalam isu berebut jawatan MB eloklah hibur-hiburkan hati anda dengan membaca buku kartun berunsur politik yang penuh dengan sindiran dan kata-kata yang boleh buat diri anda gelak ketawa.

Proses mencetak buku kartun Zunar keluaran Februari yang bertajuk 'Sumpah Di Bumi Komisen' 2010 itu hadapi sedikit gangguan tapi telah dapat di atasi dan berjaya juga dicetak dan telah pun ada di pasaran.

Zunar ketika berucap dalam majlis memperkenalkan majalah tersebut berkata, keluaran isu dalam kartun sungguh merumitkan sehinggakan syarikat yang bertanggungjawab mencetak diganggu oleh pihak yang tidak senang dengan usaha menerbitnya.

“Mereka boleh merampas buku saya, mereka boleh merampas majalah saya tetapi mereka tidak akan boleh merampas otak saya,” ujarnya.Baca di sini

Baca juga;

Zunar tuntut KDN pulangkan bukunya-Malaysiakini

1 ulasan: