Rabu, 3 Februari 2010

Isu Zambry: Durian Dusun Sendiri Kutip Jual, Sebiji Pun Tak Makan

Zambry yang jadi MB Perak semakin naik angin dengan tuduhan kepada beliau sebagai bangang dan bodoh kerana idea beliau suruh bubar 28 kerusi Pakatan Rakyat hari ini tuduh pula musuh politiknya sebagai dangkal. Kata-kata Zambry yang tengah naik angin itu menambah-nambahkan lagi kebodohan beliau bila bercakap ,bukannya semakin kurang tetapi semakin teruk kelakunya.

Dalam laporan Bernama yang bertajuk Pembangkang Dangkal Fahami Demokrasi-Zambry ;

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan pakatan pembangkang sebenarnya penuh kedangkalan apabila mempersoalkan saranannya supaya kesemua 28 wakil rakyat pembangkang mengosongkan kerusi masing-masing bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di kawasan mereka.

Beliau berkata pembangkang sebenarnya adalah pihak yang paling dangkal dalam memahami demokrasi apabila mendesak beliau supaya memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Mereka kata (saranan itu) tidak masuk akal, tetapi yang sebenarnya bercakap soal bubar DUN ini siapa? bukan saya, saya tidak pernah ganggu mereka. Mereka kata saya dangkal, tetapi saya nak nyatakan di sini merekalah (pakatan pembangkang) yang paling dangkal dalam memahami demokrasi," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini pada hari Rabu.Baca di sini

Yang berkuasa buat 'sementara waktu' ni di Perak ialah Zambry bukan Nizar,jadi Zambry la yang kena pi nasihat Sultan bubar dun bukan Nizar. Lagi satu kalau nak bubar dun Perak bubar kesemua sekali tak kira la sapa suruh pun ,bukannya bubar sebelah pihak Pakatan Rakyat saja.Bubar semua baru demokrasi . Kalau bubar sebelah pihak tu namanya kukubesi. Durian dusun sendiri kutip jual sebiji pun tak makan, durian dusun orang curi bawa balik makan ,buat kenduri arwah lagi panggil orang masjid makan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan