Isnin, 1 Februari 2010

Pas Shah Alam Buat Mensyuarat Tergempar

Menurut sumber-sumber yang dipercayai Pas Kawasan Shah Alam telah buat mensyuarat tergempar malam tadi untuk bincang isu Khalid Samad yang digantung jawatan sebagai YDP Shah Alam dan jawatan peringkat Pusat selama 6 bulan oleh JK Disiplin Pas Pusat. Antara isu yang dibangkitkan adalah seperti berikut;

1-Pas Kawasan Shah Alam akan hantar surat bantahan atas penggantungan jawatan Khalid Samad sebagai YDP Shah Alam dan AJK Lajnah Politik Pas Pusat kepada JK Disiplin Pas Pusat dan Pas Pusat.

2-Pas Kawasan Shah Alam juga berdiri teguh dan bagi sokongan penuh kepada Khalid Samad yang digantung jawatan

3-Pas Kawasan Shah Alam juga menganggap keputusan JK Disipilin Pas Pusat itu tidak adil dan berat sebelah.

4-Dalam masa yang sama Pas Shah Alam tetap tegas pertahankan Khalid Samad.

5-Seorang Ketua Cawangan turut membangkitkan isu Khalid Samad dilucut jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 11 Pas Selangor. Pas Kawasan langsung tidak ada rasa simpati dengan perlucutan jawatan tersebut (hanya bersangka baik ,atas nama wala' kepada pimpinan).Seolah-olah Khalid Samad keseorangan dalam mempertahankan apa yang berlaku dalam Pas Selangor.Ada yang berkata takkan nak tunggu Khalid Samad diambil tindakan ketiga (dipecat daripada Pas).

6-Sepatutnya JK Disiplin Pas Pusat diadili dan dianggotai oleh Majlis Syura untuk jatuhkan hukuman kepada Khalid Samad dan Hasan Ali.

7-Pas Shah Alam rasa sedih dengan keputusan JK Disiplin terhadap Khalid Samad dan akan menjemput wakil JK Disiplin Pas Pusat yang buat keputusan penggantungan Khalid Samad datang ke Pas Shah Alam untuk terangkan keputusan penggantungan jawatan tersebut.

8- Ada yang suruh JK Disiplin Pas Pusat merujuk kepada kenyataan Exco Dewan Pemuda Pas Pusat (Abdullah Abdul Karim) yang turut mempertikaikan keputusan JK Disiplin Pas Pusat terhadap Khalid.Salinan tulisan Abdullah turut diedarkan kepada semua yang hadir mensyuarat tergempar tersebut.

Dalam mensyuarat tergempar itu juga ada yang berkata ,"Curi telor ayam dipenjara 6 bulan ,curi duit beribu hanya diberi amaran". Sama juga orang yang curi lembu .Lembu curi tu siap sembelih, buat kenduri pula jamu orang Pas makan lagi !Lain-lain maklumat belum diperolehi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan