Rabu, 17 Februari 2010

Zul Lawyer Atau Lawyer Zul?

Kat kampung aku dulu ada sorang nama dia Morad.Tapi orang panggil dia Morad Lawyer.Dia bukan lawyer tapi gelaran tu orang kampung bagi kat dia sebab dia punya putar alam dan kelentong kalahkan Lawyer yang betoi-betoi lawyer! Yang sorang lagi ni nama dia Aziz tapi orang panggil dia Jit Cikgu. Dia bukan Cikgu tapi dia hanya kerja main mahjung atau orang Kedah panggil kerja buat rumah batu.Sekarang dia dah pencen dah buat kerja tu. Orang Kedah kalau gelaran di depan nama menunjukkan tingkah laku macam gelaran yang dia dapat. Macam juga dengan nama Man Putar Alam,Mat Kaji Bumi,Man Patah,Mat Bohong dan macam-macam lagi.

Kalau tanya Zulkifli Nordin MP Kulim Bandar Bharu mungkin dia tau sebab dia pun orang Kedah.Tapi Zul ni dia betoi-betoi punya Lawyer bukan loyar buruk.Tapi sejak timbul isu kalimah Allah,tidak serasinya Zul dalam PKR dan Pakatan Rakyat.Menyerang rakannya daripada Pas dan PKR cakap-cakapnya menunjukkan sama saja taraf pemikirannya macam nama-nama bergelar yang disebut di atas.

Zulkifli Nordin bila timbul isu Kalimah Allah beliau menyerang hebat MP Khalid Samad kerana tak sehaluan dalam isu Kalimah Allah dan bertindak buat report polis terhadap Khalid Samad kononnya Khalid Samad menghina Sultan Selangor dan enakmen agama Islam di Selangor.

Dah penat berkelai isu Kalimah Allah beliau beralih arah pula menyerang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kononnya telah menyisihkan orang Melayu dalam pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.Beliau pun dipanggil pihak TV3 untuk kutuk parti sendiri dan Pakatan Rakyat.Beliau bagi peluru free kepada media Umno untuk serang rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Terkini Zul serang pula Tok Guru Nik Aziz dalam isu melompat parti.Lapor mStar Online;

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini membidas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menyifatkan wakil rakyat yang keluar atau melompat parti sebagai pengkhianat rakyat dan negara.

Beliau berkata, Nik Aziz sepatutnya melihat kembali sejarah politik partinya sendiri yang pernah menyertai Barisan Nasional (BN) tanpa seorangpun daripada wakil mereka meletakkan jawatan.

"Saya menghormati Datuk Nik Aziz, tapi semasa PAS menyertai BN, tak ada seorangpun daripada PAS yang keluar daripada PAS.

"Tok Guru (Nik Abdul Aziz) elok tengok sejarah beliau semula, Tok Guru tak letak jawatanpun... itupun pengkhianatan juga," katanya di sini semalam.

"Sekarang ini zaman politik yang lebih terbuka, kita sepatutnya mengambil pendirian berdasarkan prinsip kita sendiri serta tidak mengikut parti dengan membabi buta.

"Kenyataan (Nik Abdul Aziz) ini tak wajar, sepaptutnya melihat dulu sejarah beliau sendiri dan melihat kepada politik sekarang yang tidak terlalu mengikut parti," katanya.-mStarOnline

Pendek kata semua orang tak betoi yang betoi MP Zul sorang saja. Perangai macam MP Zul ni kalau tempat kenduri dalam kampung mesti ada sorang dua yang berkelakuan macam tu. Sembangnya deras,kuat dan berapi-api tapi satu kerja tempat kenduri haram tak tolong,yang pandai kondem orang sana - sini.Kalau cerita bela lembu dia kata dia pun bela lembu punya banyak lintas jalan sampai jem jalan!Cerita jual rebung ,dia kata dia tanam rebung sampai 10 ekar punya banyak macam tanam pokok getah!

Orang kampung memang meluat perangai orang macam ni, tapi nak halau dah sekampung dan mereka pun dah faham dah perangai dia macam tu jadi cakap apa pun orang tak pakai dah! Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kalau Pas tak betoi,PKR tak betoi Dap pun tak boleh pakai ,Zul dok tunggu apa lagi? Caa Aliff Buut la...

Berkaitan;

Ada 'Firaun kecil' cuba singkirkan saya dari PKR-Zulkifli Noordin-Bernama

Zulkifli Noordin persoal tarikh kesnya didengar-Malaysiakini

Syed Husin:Ini memang kerja Zulkifli !-Malaysiakini


2 ulasan:

  1. zul ni dia bukan nak jadi katak yang suka melompat, tapi mungkin dia dah tukar jadi anjing kurap kot, atau anjing yang tersepit, lagaknya macam alim ulamak, ada janggut kambing macam warak dan tawaduk, tapi akai tarak, guna kepala lutut buat kenyataan, wahai zulkifli nordin, hang jangan dah dok melalak seumpama anjing kurap yang menyalak lampu, kalau dah hang tak setuju dengan PR, hang berambus le lebih baik masuk UMNO-BN, tak payah nak berwayang india le, sedar le diri, hang tu tak layak jadi wakil rakyat PR, ada orang lain lagi yang lebih layak dari hang, pigiraaaaaaah

    BalasPadam
  2. salam...

    'innamal a'malum binniat'..stiap amal perbuatan tu dmulakan dengan niat..jika perkara itu baik tpi niat buruk..maka sia2 shjlahamalan tersebut..wawahua'lam

    BalasPadam