Selasa, 9 Februari 2010

Komen MB Kedah Sebiji Macam Umno

Ketika penyokong Pakatan Rakyat kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya umum Zambry sebagai MB Perak yang sebenar bukan MB Nizar,maka Ust Azizan pun buat komen sebiji macam orang Umno bercakap.Kalau takat nak kata kita terima keputusan Mahkamah sahkan Zambry sebagai MB Perak tak payah cakap lagi baik,buat menyakit hati saja bukan jadi penawar duka pun tambah meluat ada dengan cara bercakap tu.

Kita nak cakap loyar buruk pun tengok tempat la jangan loklaq tak ketawan hala.Takat bercakap nak bagi orang gelak dan syok kita cakap sekali dua bole la,lama-lama orang tau kata kita pun tak berapa cerdik bila bercakap!

"Tak pa lah, itu kerja mahkamah, kita berharap ia adalah satu keputusan yang adil dan saya tiada apa yang nak komen kerana mahkamah telah buat kerja dia dan Zambry adalah menteri besar yang diumumkan oleh mahkamah," kata beliau ketika dihubungi di sini.-mStar Online/Bernama

Kalau semua tak pa buat apa sibuk naik Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan isu dun Kota Seputeh di Kedah? Terima saja lah buat apa nak minta Mahkamah istihar kerusi dun tu kosong?

Daripada keputusan kes Nizar tu juga seolah-olah hakim-hakim Mahkamah Tinggi di Malaysia ni tak berapa 'cerdik dan pandai' yang bagus-bagus semua Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan saja.Hakim-hakim Mahkamah Tinggi macam tak ada 'class' saja bila setiap kali kes memihak Pakatan Rakyat, bila sampai Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan kes yang diadili semua boleh jadi terbalik keputusan! Apa yang tak kena kita rakyat jadi pening.

2 ulasan:

  1. Azizan memang kurang akal, tengok muko pun dah macam selipar umNo

    BalasPadam
  2. Antara Azizan dan Zamree siapa pencinta Muawiyah?

    Terdapat hadis yang mungkin akan mengejutkan sebagian orang terutama akan mengejutkan para ustaz pecinta Muawiyah ya itu hadis yang menyatakan Muawiyah mati tidak dalam agama Islam. Kami akan mencuba memaparkan hadis ini dan sebelumnya kami ingatkan kami tidak peduli apapun perkataan [baca: cacian] orang yang telah membaca tulisan ini. Apa yang kami tulis adalah hadis yang tertulis dalam kitab. Jadi kami tidak mengada-ada

    Hadis tersebut diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin Ash dari Rasulullah SAW sebagaimana yang tertulis dalam kitab Ansab Al-Asyraf Al-Baladzuri 2/120-121.

    عن عبد الله بن عمرو قال كنت جالساً عند النبي صلى الله عليه وسلم فقال يطلع عليكم من هذا الفج رجل يموت يوم يموت على غير ملتي، قال وكنت تركت أبي يلبس ثيابه فخشيت أن يطلع، فطلع معاوية

    Dari Abdullah bin Amru yang berkata aku duduk bersama Nabi SAW kemudian Beliau bersabda ”Akan datang dari jalan besar ini seorang laki-laki yang mati pada hari kematiannya tidak berada dalam agamaKu”. Aku berkata “Ketika itu, aku telah meninggalkan ayahku yang sedang mengenakan pakaian, aku khawatir kalau ia akan datang dari jalan tersebut, kemudian datanglah Muawiyah dari jalan tersebut”.

    Bagi pencinta & pembela Muawiyyah, saya ingin mengucapkan, “Ingatlah, di akhirat nanti semua manusia akan berkumpul dgn siapa yang dicintainya. Mereka akan meminta pertolongan kepada siapa pemimpin yang dicintainya”.

    ZOVITOVIT

    BalasPadam