Selasa, 2 Februari 2010

Kita bertelagah setelah mak dan bapak mati

Berkata seorang ahli Pas yang mempertahankan Hasan Ali kepada aku," dah jatuh hukum sudahlah apa nak bising-bising itu dan ini." Dalam isu perlucutan jawatan Khalid Samad selama 6 bulan oleh JK Disiplin Pas Pusat.

Kata beliau lagi, "Dua-dua dah didapati bersalah ,dan JK Disiplin Pas itu bukan calang-calang orang mereka orang yang berilmu dan mereka juga manusia tak terlepas daripada salah dan silap.Mungkin aduan yang dibuat oleh pihak Khalid terhadap Hasan Ali begitu lemah dan pihak Dewan Harian Pas Selangor yang buat aduan terhadap Khalid pula dikemukakan dengan lengkap dan dibuat oleh seorang peguam itu yang menyebabkan Khalid Samad dapat lebih hukuman daripada Hasan Ali".

Hasan Ali dengan 7 pertuduhan sementara Khalid Samad dengan 9 pertuduhan.Persepsi orang Pas berbeza kerana mereka menganggap Badan Disiplin Pas itu berat sebelah,menjatuhkan maruah Khalid sebagai ahli Parlimen Shah Alam.Kata penyokong Hasan Ali itu lagi ,"Kenapa kita lawan JAIS dan MAIS sedangkan kita adalah sebagai kerajaan di Selangor dan seluruh masjid di Selangor hampir 90% peratus orang kita yang kuasai pedulikanlah JAIS dan MAIS tu nak buat apa pun."

Memang betul Hasan Ali dan Khalid didapati bersalah tapi hukuman yang kena terhadap Khalid umpama langit dengan bumi jika dibandingkan dengan apa yang Hasan Ali kena.Terfikir juga kenapa Pas bertelagah dan berseteru setelah dapat sedikit kuasa yang diberikan Allah.Kenapa sebelum PRU 12 yang lalu tidak jadi sebegitu buruk macam sekarang? Mungkin juga macam mak -bapak yang banyak harta semasa mereka masih hidup anak-anak semuanya baik tapi bila mak bapak dah mati tinggal harta banyak mula bercakaran sesama sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan