Lapor mstar Online;
"Saya tak fikir tindakan menggunakan pentas pembangkang perbuatan yang diterima tetapi saya juga pernah bercakap dalam kumpulan kecil mengkritik kerajaan.
"Saya tidak layak untuk mengkritik," katanya kepada pemberita selepas diminta mengulas tindakan Tengku Razaleigh yang menggunakan pentas pembangkang mengeluarkan kenyataan bahawa negeri itu layak menerima lima peratus royalti minyak daripada Kerajaan Pusat.
Dalam pada itu, Dr. Mahathir berpendapat, Tengku Razaleigh mengeluarkan kenyataan itu kerana mengutamakan negerinya berbanding Kerajaan Pusat.
“Saya fikir sebagai anak jati Kelantan, beliau mahu melihat negerinya itu mendapat wang. Itu saya rasa. Saya belum bercakap dengannya," ujar beliau.
Ditanya sama ada tindakan itu akan menjejaskan keyakinan pengundi terhadap Umno berikutan kejadian itu, Dr. Mahathir berkata: "Mungkin, mungkin.
“Tetapi apa sahaja yang kita lakukan, kita tidak akan dapat rampas balik Kelantan. Orang Kelantan ada cara tersendiri berfikir."-mStar Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan