Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Zainal Abidin Sakom didakwa habiskan RM513,000 dalam masa hanya 16 hari duit peruntukkan Adun sebelum Mac 2008 yang lalu.Kata blog tawan malaysia.com;
Dalam ramai-ramai ADUN BN di Selangor, hampir kesemua mereka telah menghabiskan peruntukan RM500,000 dalam tempoh beberapa minggu sebelum pilihan raya Mac 2008. Jika dibuat pertandingan, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan, Datuk Zainal Abidin bolehlah dinobatkan sebagai juara. Menurut rekod yang ada pada kami, dokumen perbelanjaan Zainal sebagai ADUN Batang Kali sebelum pilihan raya itu menunjukkan beliau hanya mengambil masa 16 hari sahaja untuk menghabiskan keseluruhan peruntukan RM500,000. Malah bukan itu sahaja, Zainal telah membelanjakan jumlah besar sebanyak RM513,000 yang mana ianya adalah melebihi had maksima bajet yang dibenarkan.Baca di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan