Selasa, 9 Februari 2010

Pecat Saya Jika Mahu- Ku Li

Tengku Razaleigh Hamzah tidak berundur ke belakang dalam mempertahankan royalti minyak untuk Kelantan walaupun ramai pemimpin Umno rasa geram dan marah terhadap Ku Li.Umno yang tersepit dalam penjelasan isu royalti minyak untuk Kelantan menganggap Ku Li menjadi 'duri' mengenai isu royalti .Kerajaan Kelantan tidak keseorangan apabila Ku Li turut menyokong penuh tindakan Kelantan tuntut royalti.

Keberanian Ku Li terus bertambah apabila Ku Li kata Umno boleh pecat beliau jika mahu .Umno pula cuba alihkan isu antara Umno-Ku Li dengan menjadikan isu bahawa Pas nak berbincang dengan Umno sebagai senjata kaburi fikiran rakyat Kelantan dalam tuntutan royalti.

Lapor Malaysian Insider;

KUALA LUMPUR, Feb 8 — Tengku Razaleigh Hamzah berkata Umno berhak untuk memecat beliau jika berhasrat untuk berbuat demikian berhubung pendiriannya dalam isu pertikaian Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak.

“Mereka mempunyai segala hak untuk memutuskan apa yang mereka mahukan. Jika mereka minta saya keluar, saya akan keluar. Jika mereka minta saya kekal, saya akan (kekal),” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Ketika ditanya sesetengah pihak tersinggung ekoran teguran dan pendirian beliau yang tegas berulang kali dalam isu ini, Tengku Razaleigh berkata, “siapa yang makan cili dialah rasa pedas.”

Pengasas dan bekas pengerusi Petronas berkata beliau hanya menjelaskan peruntukan dalam Akta Pembangunan Petroelum sejak kebelakangan ini termasuk hak kepada kerajaan negeri Kelantan.

“Ia bukan pendirian saya. Saya tiada apa-apa kaitan dengannya,” kata beliau.

Oleh itu kata beliau, tujuan asal akta itu ialah memastikan negeri-negeri miskin di Malaysia menerima manfaat.

Nasihat beliau kepada Petronas ialah mematuhi peruntukan dalam perjanjian yang ditandatangani dengan negeri-negeri berkenaan.Baca di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan