Jumaat, 26 Februari 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul


Hari ini semua umat Islam menyambut hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.Walaupun ada yang kata tak payah sambut dan ada yang pertahankan menyambut hari kelahiran baginda itu terpulanglah pada engkorang semua.Pokok pangkalnya kita semua umat Islam sayang pada Nabi kita,cinta pada Nabi kita yang membawa rahmat pada sekelian alam.

Semalam aku pun pi la dengar ceramah Maulidur Rasul kata Ustaz tu ni bukan aku yang kata so ini bukan aku punya pendapat la.Aku bukan ustaz pun nak pandai lebih -lebih bab agama.Apa tujuan kita sambut Maulidur Rasul?Adakah kita takut di akhirat kelak Nabi kata ,"Ooo muka hang tak nampak pun masa sambut hari kelahiran aku." Mungkin juga kita umat Islam ni memang berminat dengan hari kelahiran Nabi kita jadi kita pun ramai-ramai bersalawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan berarak untuk kasih dan cinta kita pada Nabi.

Adakah Nabi suruh kita sambut 'birthday' Nabi?Nabi tak suruh pun buat macam tu.Mana ada orang yang dah mati buat majlis harijadi.Yang buat majlis harijadi ialah orang yang hidup.Nabi suruh buat apa yang ditinggalkannya;

"Sesungguhnya aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara tidak akan kamu sesat selama kamu berpegang dengan keduanya: iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya". (Hadith riwayat Malik)

Kata Ustaz tu lagi time kita sambut Maulidur Rasul ramai-ramai kita bersalawat pada Nabi Muhammad SAW tapi bila dah habis majlis kita tak salawat dah sedangkan bersalawat pada Nabi itu sepatutnya dilakukan secara berterusan bukan hanya pada hari sambutan Maulidur Rasul saja.Ada pula yang bersalawat pada Nabi pada hari Maulidur Rasul tapi solat jamaah kat masjid tak pernah datang cuma datang solat Jumaat seminggu sekali.Sedangkan solat jamaah dituntut dalam Islam.

Apa yang paling ditakuti ialah sekiranya perasaan kasih dan cinta kita pada Nabi Muhammad SAW itu pada setiap kali hadirnya Maulidur Rasul itu hanya sekadar ikut-ikutan apa yang telah dilakukan oleh nenek moyang kita yang terdahulu bukannya kerana tuntutan agama."Kenapa kamu buat ni? Alaa Tok wan aku dulu pun buat macam ni jadi aku pun buat la."Kalau setakat itu saja kita baru sama taraf dengan Abu Lahab,Abu Jahal yang bergembira dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW.Tapi bila Rasuluullah SAW membawa ajaran Islam ,mengajak manusia menyembah Allah, Abu Lahab dan Abu Jahal menjadi penentang paling kuat ajaran Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW walaupun mereka bapa saudara Nabi.

Sempena menyambut Maulidur Rasul ini dan sebagai tanda kasih dan cinta kita pada Nabi Muhammad SAW marilah kita tinggalkan amalan riba.Sekarang semua bank dah ada sistem perbankan Islam ,kita dah ada alternatif jangan lagi guna sistem konvesyenal. Tinggalkan amalan judi dan minum arak. Amat menyedihkan ramainya anak-anak remaja Islam sekarang terlibat dengan gejala minum arak dan perzinaan yang berleluasa tanpa ada kawalan ketat pemerintah.

Kepada golongan Islam Liberal yang berselindung disebalik hak-hak asasi manusia dan alasan diskriminasi terhadap wanita dan berhujah berdasarkan logik akal awaslah kamu kerana Islam itu bersandarkan kepada hukum yang termaktub dalam Quran dan Hadis bukan logik akal semata-mata.

Wallah hu a'lam

1 ulasan:

  1. Salam..

    betul tu...Jika sayang dan Cintakan Nabi Muhammad S.A.W bukan shj dtunjukkan dgn menyertai perarakan dan selawat setahun sekali tpi melaui tindakan yang kita lakuakan..adakah mencotohi Rasulullah???cara pakai, bergaul dan lain2 adakah mencotohi Rasulullah?Rasullullah sbg sebaik2 manusia..adakah Rasullullah dijadikan mentor dlm kehidupan anda? tepuk dada tnya iman...wawahua"lam

    BalasPadam