Raja Petra Kamarudin (RPK) dalam blognya mendedahkan bahawa Ezam Mohd Nor dan Anuar Shaari bekas orang kuat Parti Keadilan Nasional telah menerima duit daripada George Soros jutawan dunia yang terkenal.
Edisi berita dalam Malaysia Today itu disiarkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.Kata Raja Petra dalam blog beliau mengenai Ezam dan Anuar Shaari;
Ini berlaku sejurus sebelum pilihanraya umum Mac 2004. Tapi dana pilihan raya puluhan juta ringgit tu tak pernah pun dihantar ke Malaysia. Sebaliknya, ia disalurkan ke Hong Kong dan pilihanraya umum Mac 2004 berlangsung sebelum wang tu sempat disalurkan dari Hong Kong ke Malaysia. Sehingga kini, duit tu ghaib entah ke mana. Tak lama selepas tu, Ezam dan gengnya, termasuklah Anuar Shaari meninggalkan pembangkang dan menyertai UMNO. Ada juga yang meninggalkan pembangkang sejurus sebelum pilihanraya 2004.
Saya kemudiannya diberitahu oleh seorang pemimpin kanan parti bahawa wang itu diberikan oleh George Soros (dapatkan maklumat lanjut mengenai George Soros di sini: http://www.georgesoros.com/). Malah empat sekawan tu bertemu dengan Soros secara peribadi di pejabatnya. Saya juga diberitahu tentang individu yang menetapkan pertemuan tu dan penyaluran wang yang berkenaan.
Pada 2 September 2004, saya bertemu dengan salah seorang peguam Anwar, Pawanchik Merican di Istana Kehakiman di Putrajaya. "Awak tahu tak yang Ezam dan Anuar Shaari sedang galak mengutip derma atas nama Kempen Bebaskan Anwar (Free Anwar Campaign)?" Pawanchik menyoal saya.
"Ya, saya tahu," jawab saya.
"Awak ada dapat duit daripada mereka?” soal Pawanchik.
"Satu sen pun tak ada," jawab saya.
"Mmm… dah agak dah,” kata Pawanchik. "Saya diberitahu bahawa mereka menggunakan nama awak untuk mengutip jutaan ringgit dan bahawa mereka tidak memberikan satu sen pun kepada awak. Kenapa awak tak tutup saja Free Anwar Campaign? Kalau dibiarkan, puak-puak ni akan memperalatkannya bagi mengutip derma."
Isteri saya yang berada di situ sependapat dengan Pawanchik. "Saya dah lama suruh tapi dia ni degil sangat,” isteri saya menambah.
"Saya takkan meninggalkan Anwar separuh jalan," kata saya kepada Pawanchik. "Saya akan tutup Free Anwar Campaign apabila Anwar dibebaskan.”
"Bagaimana jika dia tak dibebaskan? Bagaimana kalau dia meringkuk selama 15 tahun di penjara? Awak nak ke teruskan Free Anwar Campaign untuk lagi sembilan tahun tanpa dibayar gaji dan terus membiarkan mereka memperalatkannya bagi mengumpul kekayaan?”
"Yelah kot," jawab saya. "Tapi hari ni, Anwar akan dibebaskan. Jadi, saya boleh tutup Free Anwar Campaign hari ni juga.”
"Tak ada seorang peguam pun yang sependapat dengan awak,” kata Pawanchik. Saya hanya mengangkat bahu saya. Dua jam kemudian, Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan dan saya pulang ke rumah untuk membuat entri terakhir saya, ‘Alhamdulillah, Anwar is now free’ (Alhamdulillah, Anwar kini bebas) dan seterusnya menutup Free Anwar Campaign.
Ya, itulah cerita tentang Ezam Mohd Nor dan Anuar Shaari dan ya… saya juga tahu identiti dua orang lain yang juga pergi ke AS serta ‘orang kelima’, iaitu lelaki yang saya telefon. Saya juga tahu nama pemimpin kanan parti yang memberitahu saya bahawa puluhan juta ringgit tu datang daripada Soros. Selain tu, saya juga semestinya tahu nama orang hubungan saya di AS yang menguruskan segala hal yang berkaitan dengan penyaluran wang tu. Tapi selagi mereka tak kacau saya, maka saya takkan bocorkan rahsia mereka. Tetapi kalau mereka sengaja cari fasal dengan saya, maka saya akan dedahkan nama mereka.Baca semua di sini Anuar Shaari and George Soros-Malaysia Today
Baca juga;
Dana Soros:Anuar ,Ezam didakwa berbohong-Free Malaysia Today
Tiada ulasan:
Catat Ulasan