Isnin, 8 Februari 2010

Jika Saya Silap, Anda Boleh Tendang Kami- Ketua Pesuruhjaya SPRM

Lapor Malaysiakini;

Ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamed yang baru dilantik ke jawatan itu, memohon rakyat memberikannya peluang bagi membuktikan ketelusan badan itu.

Mengakui hakikat, SPRM perlu memulihkan imejnya berikutan beberapa kontroversi, Abu Kassim berkata mereka mesti menyakinkan rakyat bahawa suruhanjaya itu adalah bebas.

“Saya memerlukan anda untuk menjuarai perjuangan kami. Dengan berbuat demikian, sesiapa yang ingin 'membunuh' SPRM, anda akan menjadi pelindung kami, Tetapi jika saya silap, anda boleh tendang kami,” katanya dengan tegas.Baca di sini

Kalau betoi kata Pesuruhjaya SPRM itu aku ucap tahniah,sebab bos lama SPRM pun tak berani kata lagu tu..Bukan takat bos lama SPRM, pemimpin Umno hatta PM Najib pun tak berani kata macam Abu Kassim kata. Pemimpin Pas pun tak berani sebut lagu tu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan