Dalam keadaan yang meruncing dalam Pakatan Rakyat tup-tup MP Zahrain PKR (Bayan Baru) pula lompat keluar daripada PKR dan isytihar jadi MP Bebas tapi katanya tak mesra BN.Mula-mula memangla tak mesra BN lepas tu siap peluk-peluk la lepas ni dengan Umno.
Kenapa Zahrain begitu mudah lompat parti dan hilangkan kepercayaan kepada pengundi yang pangkah dan menangkan Zahrain dalam pru yang lepas?Gelombang ini yang dijangka berterusan oleh lain-lain MP PKR dijangka akan terus berlaku sedikit masa lagi.Mampoih Pakatan Rakyat jika iklim ini berterusan!
Lapor Malaysiakini;
Ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohd Hashim mengumumkan keluar dari PKR berkuatkuasa serta merta dan menjadi wakil rakyat bebas.
Beliau mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar di ibunegara pagi ini.
Menurutnya, beliau akan menjadi ahli parlimen yang berprinsip dan tidak mesra BN.
Berikutan itu, beliau mengumumkan meletakkan semua jawatannya dalam PKR berkuatkuasa serta merta.
Zahrain berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang sudah kepercyaan kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.
Beliau berkata, keputusannya itu juga kerana sudah hilang keyakinan kepada prinsip keadilan yang diperjuangkan oleh PKR.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan menyertai mana-mana parti dan akan menjadi wakil rakyat bebas sepenuhnya.
Menjawab soalan, dia juga menafikan akan menjadi mesra BN.
Zahrain juga berkata, ia juga merupakan satu keputusan peribadi dan tidak melibatkan rundingan dengan parti-parti lain.
Ditanya sama ada dia akan mencadangkan wakil rakyat PKR yang lain untuk menurut jejak langkahnya, Zahrain menegaskan ini adalah tindakan peribadinya dan dia tidak terlibat untuk memujuk orang lain.
Ditanya sama ada tindakan ini disebabkan oleh pembelian MP Pakatan seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Anwar Ibarahim, beliau berkata "saya tidak ada beli apa" dan dan bertanya kembali "16 September itu apa?"
"Saya pun kecewa dengan 16 September, tidak timbul isu beli membeli...," katanya.
Turut bersamanya dalam sidang akhbar pagi ini ialah bekas setiausaha agung PKR, Datuk salehudin Hashim. -Malaysiakini
Baca juga di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan