Khamis, 11 Februari 2010

Siapa yang ajar orang Pas benci Umno?

Tidak ada perkataan yang lebih menyakitkan hati ialah bila disebut saja nak berbaik-baik dengan Umno oleh pemimpin Pas.Tak kiralah atas nama apa sekalipun asal saja nak berbaik dengan Umno orang Pas semua tak suka walaupun ada pemimpin Pas yang suka bercakap atas nama perpaduan ,muqabalah,Melayu-Islam sejak akhir-akhir ini.

Nak bincang apa dengan Umno?Parti yang menendang Pas tanpa notis ,parti yang membunuh ulama Pas,parti yang menikam dengan pisau orang Pas sampai mati,parti yang menetak-netak orang Pas ,menyiang-nyiang orang Pas macam siang ikan,parti yang menyerang markaz Pas,parti yang membuat honar terhadap Pas.Apa yang Umno tak buat kepada Pas? Takkan kita nak kata, "itu duluuu zaman kita tak berkawan dengan sapa-sapa nuu."La ni tak boleh la sebab kita kena kawan dengan semua orang. Dengan DAP kita kawan takkan dengan Umno tak boleh kot?"

Siapa yang ajar orang Pas benci Umno kalau bukan pemimpin Pas sendiri?Kenapa di era 80-andan 90-an orang Pas tak makan kenduri Umno,tak makan sembelihan Umno,pakatan kenduri dalam kampung terbelah dua,bahkan tengok muka Umno pun rasa macam nak boh penendang .Siapa yang ajar orang Pas jadi macam tu?

Kenapa pemimpin Pas suka sangat masuk gear gostan dengan Umno?Dah cakap tak mau lepas tu cakap mau .Tajuk pula berbeza-beza.Sekejap boleh bincang sekejap tak boleh bincang.Umno tak kesian kat kita ,kita kesian kat Umno.Kalau Umno kesian kat Pas dah lama Kerajaan Pusat bayar royalti kepada 'kerajaan Islam' di Kelantan.Semua muka Melayu di Kelantan tu yang perintah awat tak bagi royalti?

Nak bincang apa dengan parti yang dah jadi taik?Bukan dapat wangi dapat busuk.Bahkan orang Pas sendiri yang akan menyumpah-nyumpah pemimpin mereka jika nak berbincang dengan Umno.Hanya orang Pas yang tak lupa sejarah saja akan tetap benci Umno sampai bila-bila, berbanding pemimpin Pas yang gila meroyan nak berbincang dengan Umno.Pemimpin Pas yang nak tebiang-tebiang dengan Umno patut malu pada Ku Li yang melawan Umno dan sanggup tanggung risiko dipecat Umno.

Menarik;
Idea syor muzakarah Umno meluat Ahli Pas?-Malaysian Insider
Perbincangan Umno-Pas-Penarik beca

1 ulasan: