Berita ini diemail ke dalam blog ini tanpa edit.Aku cuma siarkan saja.
Kenyataan Media
Laporan Polis terhadap Individu-individu Yang Melemparkan Tuduhan Liar dan Palsu
Saya, YB Dr. Xavier Jaykumar EXCO Kerajaan Negeri Selangor dengan ini membuat repot polis seperti berikut :-
Pada 17 Januari 2010 saya telah diberitahu bahawa satu laporan polis telah dibuat terhadap saya di Balai Polis Klang : Nombor Repot : Puchong Rpt/000752/10 oleh seorang yang saya tidak kenali bernama Jaganathan A/L Ganapathy (No. K/P : 661121-10-6249).
Saya telah dituduh menyalahgunakan peruntukan pendidikan sekolah-sekolah Tamil Selangor sebanyak RM1.67 juta kerana menyalurkan peruntukan tersebut kepada 3 buah NGO.
Perkara ini telah dilaporkan di dalam akhbar tempatan dan internet.
Pada 19 Januari 2010 saya telah disoal siasat oleh 2 anggota polis daripada IPD Subang di pejabat saya lalu diberikan satu salinan laporan polis tersebut.
Pada 01 Februari 2010 saya dimaklumkan oleh Tuan Hamdan iaitu perakam soal siasat tersebut bahawa kes ini telah pun di klasifikasikan sebagai NFA (No Further Action) dan tiada apa-apa kertas siasatan dibuka.
Ini menunjukan bahawa laporan polis yang dibuat oleh Jaganathan pada 7 Januari 2010 yang lalu adalah palsu dan ianya dibuat dengan tujuan memalukan dan mencemar imej dan nama saya serta menghina jawatan saya sebagai EXCO Kerajaan Negeri Selangor.
Saya menggesa pihak polis mengambil tindakan segera terhadap Jaganathan a/l Ganapathy dan juga menyiasat kaitan kes ini dengan seseorang yang bernama K.S. Kottappan, iaitu bekas Bendahari Parti Keadilan Negeri Selangor kerana nama beliau telah dicatitkan d atas salinan kertas laporan polis tersebut yang diberi kepada saya oleh pihak polis tempoh hari.
Sekian, inilah repot Polis saya.
YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Kerajaan Negeri Selangor
(merangkap Adun Seri Andalas)
Tarikh : 05 Februari 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan