Khamis, 18 Februari 2010

Umno Semua Ok!

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin menafikan sebarang spekulasi bahawa berlaku sebarang krisis dalam pergerakan Pemuda Umno yang dikatakan retak menunggu belah. Khairy dikatakan akan disingkirkan daripada menjadi Ketua Pemuda Umno tapi biasalah Umno kalau kena atas batang hidung dia mampoih tak ngaku. Semua ok tak ada masalah,no problem!

Khairy sampai sekarang belum dilantik menjadi anggota kabinet dalam kerajaan BN.Kalau tak ada masalah kenapa Khairy tak dilantik jadi Menteri sedangkan anak Tun Mahathir, Mukhriz yang menentang beliau rebut jawatan Ketua Pemuda Umno tapi kalah dilantik jadi Timbalan Menteri?Mungkin Khairy tak mau pegang apa-apa jawatan Menteri hanya mau jadi Ketua Pemuda Umno saja!Baguih sungguh si Khairy. Media pro Umno cuba sebaik mungkin menutup segala sengketa dalam kepimpinan Umno,balut kemas-kemas supaya rakyat tidak tahu bahawa Umno sedang bergelut sesama sendiri merebut jawatan dalam parti dan kabinet kerajaan.

Rakyat diperbodohkan media mereka dengan menyiarkan berita-berita palsu ,adu domba dan batu api supaya segala keretakan dalam Umno-bn tidak diketahui rakyat.

Lapor Malaysian Insider;

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menjelaskan pergerakan itu tidak berhadapan dengan sebarang krisis dalaman, sebaliknya pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini hanya merupakan satu “kunjungan hormat”.

“Memang ada banyak spekulasi tentang pertemuan hari ini, saya ada membaca pelbagai portal hari ini. Tetapi kita kena faham bahawa pertemuan kami dengan Perdana Menteri secara kebetulan diadakan selepas pelbagai spekulasi muncul,” kata beliau kepada pemberita di pekarangan Pejabat Perdana Menteri.

“Ia tiada kaitan dengan mesyuarat exco kami yang lepas, ia bukan pertemuan untuk menyelesaikan krisis sebab tiada krisis langsung. Jelas, pertemuan hari ini berkaitan dengan masa depan kami,” kata beliau sambil menambah pergeseran dalaman pergerakan itu tidak disentuh langsung dalam pertemuan dengan Najib.

Khairy juga berkata banyak isu menyentuh pergerakan telah disentuh tetapi perbezaan pandangan akan terus wujud.

“Sebagaimana salah seorang exco saya sebut bahawa saya tidak menguruskan sebuah PIBG, tetapi sebuah organisasi politik dengan 700,000 ahli, salah satu organisasi politik paling berpengaruh di negara ini, jadi sudah tentu akan ada perbezaan pandangan. Sebagai Ketua Pemuda, saya kena terima,” katanya.

Khairy mengetuai Pemuda Umno sejak Mac lalu.

Khairy berkata antara perkara yang dibangkitkan dalam pertemuan dengan Najib ialah peranan yang boleh dimainkan oleh golongan muda dalam Umno.

Beliau memberitahu Najib telah meminta pergerakan itu mengemukakan syor berkaitan dengan pelbagai dasar kerajaan.

Pertemuan dua jam dengan Najib ini dihadiri oleh kesemua exco dan ia diadakan kira-kira dua minggu selepas perbincangan “panas” ekoran kenyataan seorang exco, Hishamuddin Yahya telah meminta Khairy agar meletakkan jawatan kerana tidak menunjukkan kepimpinan efektif.

Menarik;
Masya Allah! Dia kata, Umno tak lagi anggap agama dan politik berbeza-Penarik beca
Selepas 48 jam sah MB,15 hektar kebun musnah-harakahdaily
KJ nafi jumpa PM kerana 'krisis' Pemuda-Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan