Jumaat, 5 Februari 2010

Rakyat Kelantan dilayan macam 'Tok Pakir' (peminta sedekah)- Ku Li

Nilai RM20 juta yang hendak dibayar oleh Kerajaan Pusat dalam bentuk wang ehsan kepada JPP Kelantan dinilai Ku Li sebagai satu penghinaan dan umpama rakyat Kelantan macam 'tok pakir' atau peminta sedekah saja layaknya dilayan Kerajaan Pusat.

Kata Ku Li;

"Saya rasa sedih dan malu kerana amanah Allahyarham Tun Abdul razak seolah-olah dilupakan selepas 34 tahun pemergiannya.Beliau (Tun Abdul Razak) selalu memikirkan rakyat dan negeri-negeri yang miskin.Beliau mengarahkan saya untuk membuat perjanjian pada 1974 untuk memastikan rakyat dapat faedah dari hasil minyak itu, " katanya.


"Rakyat Kelantan rasa terhina bila nak diberi 20 juta wang ehsan sedangkan syarikat rokok sponsor acara sukan pun 50, 100 juta. Ini pula untuk rakyat Kelantan yang lebih dari 1 juta penduduk.

"Guna duit minyak bagi wang ehsan, macam rakyat Kelantan ni Tok Pakir (Peminta sedekah)," jelasnya.

Selain itu, beliau mahu Petronas membuat perkara yang betul manakala Pengerusi Petronas yang baru dilantik juga diingatkan membuat perkara sama dalam tuntutan royalti ini.

"Saya berharap Pengerusi petronas yang baru dilantik dapat mengawasi petronas. Petronas perlu buat tindakan yang betul mengikut perjanjian,"katanya.Baca di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan